Monday, August 24, 2015

AHLI UMNO TAK AKAN SERTAI 'DEMO BERSIH 4". PENGANJUR BOHONG!!

ISNIN, 24 OGOS 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

BAGI ahli-ahli Umno yang betul-betul tulin, sayang kepada parti dan pemimpin, mereka tidak akan berbuat demekian untuk pergi 'berdemo' bersama pembangkang. Untuk apa?IBM setuju dengan apa yang disuarakan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Penafian yang beliau buat bahawa ahli parti itu akan turut serta dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini adalah tepat sekali. Banyak cerita-cerita kosong yang kita dengar. Ada dakwaan mengatakan ada penyokong akar umbi Umno akan terlibat dengan perhimpunan ini. Itu semua adalah cerita dakyah Bersih yang kotor, kata Ku Nan kepada pemberita pagi semalam, Ahad. Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian bagi  mengulas laporan berita portal pembangkang bahawa anggota Umno akan turut serta dalam perhimpunan itu. Beliau berharap orang ramai tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah penganjur perhimpunan itu.  

Sementara itu, Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan itu diadakan di sekitar Dataran Merdeka hujung minggu ini kerana ianya akan menjejaskan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang akan diadakan di lokasi berkenaan. Katanya, DBKL tidak akan meluluskan lokasi perhimpunan berkenaan walaupun penganjur Bersih sebelum ini mendakwa hanya akan berkumpul di sekitar atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan acara tahunan itu. DBKL tidak akan luluskan berhubung lokasi perhimpunan di Dataran Merdeka dan di Padang Merbok. Kebenaran tidak akan beri kepada Bersih. Kalau. nak pergi, pergilah ke Stadium Malawati Shah Alam dan ke mana sahaja. Jangan kacau Kuala Lumpur. Ini akan menjyusahkan rakyat dan peniaga akan rasa tertekan, kata Ku Nan lagi.

Sebelum  ini, polis telah meminta penganjur Bersih 4.0 mengubah lokasi perhimpunan yang dirancang, iaitu di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, ke tempat lain berikutan lokasi berkenaan dianggap tidak sesuai untuk perhimpunan itu. Tapi...al-maklumlah. Siapa tak kenal perangai dan kedegilan penajur Bersih ni. Tempat yang dilarang, disitu juga depa nak buat. Berjanji kononnya akan berdemo secara aman. Akhirnya apa jadi? Korang fikrlah sendiri. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"JAUHKAN DIRI ANDA SEMUA DARI BERSIH KERANA BERSIH TIDAKLAH SEBERSIH MANA. LEBIH TERUK DARI LONGKANG"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...