24 SYAWAL 1436H

TS Muhyiddin berkata beliau yang berada dalam UMNO selama lebih 40 tahun nekad untuk menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai timbalan presiden bagi meneruskan perjuangan membela orang Melayu. Beliau seterusnya mengingatkan anggota UMNO terutama di Selangor supaya tidak mudah mengaku kalah untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Merujuk kepada pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi UMNO, Muhyiddin berkata anggota parti terutama sayap Pemuda perlu mengutamakan soal kepentingan perjuangan parti melebihi pangkat dan jawatan yang disandang.
Tugas kita untuk selesai cari jalan isu-isu seperti GST (Cukai barang dan Perkhidmatan), pengangguran anak-anak muda, kenaikan harga kos barang selain dibebani masalah lain yang berlegar dan membawa beban," katanya. Kepada pimpinan Pemuda yang mempunyai idealisme baharu itu, beliau menasihatkan golongan itu supaya menggunakan platform yang tepat bagi mengutarakan isu dan pandangan selaras dengan perkembangan arus semasa. Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju, namun ia memerlukan komitmenkeseluruhan kepimpinan terutama golongan muda yang berani dan tegas," katanya.

Kepada Tan Sri Muhyiddin, walaupun sudah tidak ada lagi di dalam kabinet, IBM harap, Tan Sri tidak mudah kecewa, melatah. Teruskan perjuangan kerana segala jasa Tan Sri semasa berada di dalam UMNO dan kerajaan akan dikenang. Jasa mu tidak pernah dilupakan. Walaupun apa rintangan, cobaan yang datang, terutamanya dari pembangkang, diharap Tan Sri Muhyiddin tidak cepat terpengaruh dan terpedaya dengan segala helah jahat mereka (pembangkang) untuk menjahanamkan Umno dan kerajaan. Sambil itu, IBM Iingin mengucapkan sekalung tahniah kepada kepimpinan Pemuda UMNO PJU yang telah berjaya mengadakan persidangannya dengan begitu berjaya sekali. Tahniah sekali lagi.
Sementara itu, IBM secara peribadi ingin mendoakan agar Ketua Pemuda UMNO PJU, Tuan Hj Fakhzan berjaya didalam pembedahan pertama beliau yang sedang mengidap 'kanser hati'. Seluruh warga PJU mendoakan agar Tn Hj selamat dan cepat sembuh seperti sedia kala. AMIIN!. Sekian. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"UMNO PARTI UNTUK SEMUA. UMNO TETAP UNTUH. DULU KINI DAN SELAMANYA"