SALAM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

Sehingga satu ketika dahulu Pas mengelar Umno itu 'Kafir'. Kini, satu persatu bala sudah menimpa Pas. Pas sedang menuju kehancuran apabila ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli serta kawasan-kawasan mereka keluar parti menyertai 'Gerakan Harapan Baru' (GHB). Terkini dan yang terbaru, dilaporkan kawasan Kelana Jaya mengikut jejak rakan-rakan mereka yang lain. Kini kawasan Pas Kelana Jaya lumpuh selepas 87 pemimpinnya meletakkan jawatan beramai-ramai berkuat kuasa hari ini untuk menyertai parti baharu yang bakal dilancarkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) hujung bulan ini. Sumber juga menyatakan jumlah tersebut merangkumi dua pertiga daripada pucuk kepemimpinan Pas kawasan berkenaan. Menurut laporan itu, kesemua mereka akan menyerahkan tugas masing-masing secara rasmi kepada Pas Pusat esok untuk diambil alih pentadbiran.
Peletakkan jawatan ini bertepatan dengan masa dan waktu kepada mereka untuk menjayakan serta mendukung cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat merentasi kaum, agama serta budaya. Lantak depalah. apa yang kita dapat lihat sekarang yang untung dan senyum ketawa adalah DAPigs dan PKR. Mereka berjaya dengan agenda mereka sehingga Pas berpecah-belah dan sedang menuju jalan kehancuran. IBM harap perpecahan Pas ini kita jadikan satu tauladan supaya kita orang-orang Umno tidak belut dan meninggalkan Umno sesuka hati mereka. Ada jalan penyelesaiannya. Jangan diterima bulat-bulat segala tomahan dan fitnah dari pembangkang yang inging melihat kita hancur, berpecah-velah seperti Pas. Fikir-fikirkan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM