LAGI PASAL KEBIADAPAN SI KHALID GEREJA TERHADAP SULTAN SELANGOR....
PAS KALAU PASAL NAK SELAMATKAN DIRI MEMANG PAKAR. DEMI UNTUK MENJAGA MARUAH PARTI DAN TAKUT DI MURKAI OLEH SULTAN, KEMIMPINAN PAS MEMBUAT KENYATAAN BAHAWA MEREKA (PAS SELANGOR) TIDAK MENYOKONG DAN TIDAK MAHU TERHERET DALAM KEMELUT MEMBABITKAN SULTAN SELANGOR DAN ORANG KUATNYA, SI KHALID GEREJA. ANTARAPOS ADA BUTIRANYA. BACA JANGAN TAK BACA :
PAS Selangor tidak mahu terheret dalam kemelut membabitkan Sultan Selangor dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri itu, Iskandar Abdul Samad (gambar kanan) berkata apa yang dinyatakan oleh Khalid tidak mewakili pandangan rasmi parti tersebut. "Kenyataan Khalid Samad itu kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian PAS Selangor. "Kami pun terkejut apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. "PAS Selangor tidak menyokong pendirian Khalid," katanya kepada pemberita Antarapos, hari ini. Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Khalid yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.
Tindakan Khalid dan beberapa pemimpin parti Islam tersebut yang mempersoalkan kuasa MAIS itu secara tidak langsung menunjukkan kebiadapan dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang. Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian masjid pekan Sepang hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Iskandar kemudiannya menyerahkan kepada pimpinan PAS berhubung tindakan susulan yang akan diambil terhadap Khalid. Bagi IBM, itu hanyalah sendiwara PAS. Mereka tidak akan mengambil tindakan apa-apa terhadap si Khalid gereja. Percayalah. Tak percaya?....tungguuuuuuu! Wasallam ~ IBM