Wednesday, July 23, 2014

NAJIB BENTANG USUL KUTUK INSIDEN MH17

RABU, 23 JULAI 2015

DI PARLIMEN HARI INI..
PAGI tadi Kerajaan membentangkan usul bagi mengutuk tindakan tidak berperikamanusiaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine 17 Julai lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul berkenaan pada persidangan khas Dewan Rakyat berkata, Malaysia menggesa siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas berkenaan. Kata PM, "Dewan yang mulia ini juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17 segera dihadapkan ke muka pengadilan. 

Selain itu menerusi usul tersebut, Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17. Kita dan seluruh dunia dikejutkan apabila penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu. Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru. Pesawat itu sah dan dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Namun, kita akan tuntut keadilan dan pastikan yang bertanggunjawab dihadapkan ke muka pengadilan antara bangsa. 

Syabas PM DS Najib. Teruskan usaha murni mu demi untuk menegakan keadilan. Seluruh rakyat bersama-sama mu. Kau berduka, rakyat berduka, manakala pembangkang terus mencari jalan untuk mencari kelemahan kerajaan bagi menyelesaikan insiden MH17 ini. Itulah wajah pembangkang sebenarnya. Bukannya ingin membantu, tapi terus menekan dan menyalahkan kerajaan. Banggang dan bahlol. Itulah perkataan yang sesuai untuk di gelar pada pembangkang sial ni. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...