Thursday, July 17, 2014

SIAPA YANG GAGAP SEKARANG, ANWAR ATAU KHALID??

KHAMIS, 17 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
RABU lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi “mengacah” kewibawaan partinya, PKR dan barisan kepimpinannya. Beliau mengisytiharkan akan terus menjadi Menteri Besar Selangor hingga tamat tempoh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu pada 2018. Ini mendidihkan lagi “amarah” penentangnya yang mahu beliau melepaskan jawatan itu. Mereka mendakwa keputusan mengganti Khalid itu adalah kehendak parti seperti yang diputuskan pada 15 Januari lalu. Bagaimanapun segala desakan itu tidak menjadi kudis bagi Khalid. Katanya, beliau sudah berjanji untuk berkhidmat untuk rakyat Selangor sebaik mungkin hingga tamat tempoh kerajaan negeri sekarang. Khalid mahu kotakan janji itu. 

Sentimen “tidak mahu Khalid” terus jadi Menteri Besar kini sudah menular bukan sahaja dalam PKR tetapi “menjeruk rasa” kerabat lain – PAS dan DAP – dalam Pakatan Rakyat. Namun Khalid tidak hirau itu semua. Ini kerana Khalid Ibrahim bukanlah spesis politik yang biasa ditemui di Malaysia. Beliau tidak terikat dengan adat resam politik sedia ada. Khalid lebih banyak menggunakan pendekatan korporat dalam melayani sepak terajang politik yang dihadapinya. Dalam hal ini, Anwar Brahim semakin pening melayan kerenah politik Khalid gagap dan semakin buntu bagaimana untuk menyingkirkan si Khalid gagap untuk tidak terus menjadi MB Selangor.

Jadi, persoalannya, siapa yang gagap sekarang, Anwar atau Khalid? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...