Tuesday, July 15, 2014

TUDUHAN SABOTAJ OLEH AHLI CABANG KUALA SELANGOR TIDAK BERASAS, KATA MIKE

SELASA, 15 JULAI 2014
KEMELUT DALAM PKR BERTERUSAN......

TUDUH MENUDUH DIANTARA KEDUA-DUA PEMIMPIN PARTI KELENTUNG RAKYAT (PKR) MASIH BERLANJUTAN. RASA TAK PUAS HATI MASIH TERBUKU DI DALAM HATI MASING. MAKA, PERANG MULUT BERTERUSAN DAN TIDAK NAMPAK IANYA AKAN REDA. APABILA PIHAK YANG KALAH BERSUARA MAKAN SUDAH PASTI PIHAK SATU LAGI YANG MENANG AKAN JAWAB. BERPUTAR-PUTAR LIDAH MEREKA MEMBANTAH DAN MENJAWAB. ITULAH YANG TERJADI PADA PARTI ANAK BERANAK INI YANG TELAH BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT. PAPARAN DI BAWAH  SUDAH CUKUP MENUNJUKKAN BAHAWA KOTORNYA MAINAN POLITIK YANG DIAMALKAN OLEH PKR. INIKAH PARTI YANG KORANG SOKONG? TEPUK DADA TANYA SELERA MASING-MASING :

KETUA CABANG  Kuala Selangor, S. Manikavasagam mempertikaikan tindakan penyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendakwa berlaku sabotaj dalam proses pengiraan undi cabang itu. Beliau membidas seorang ahli cabang iaitu Arijan Osman sepatutnya membuat bantahan sejurus selepas melihat dua orang wanita memegang pensil dan pemadam naik ke bilik pengiraan jika benar perkara itu berlaku. Sebaliknya Arijan tidak berbuat demikian dan memilih mendedahkan perkara ini sesudah keputusan memihak bekas ahli Parlimen Kapar sekaligus berjaya menewaskan Khalid. Saya dapat maklumat daripada petugas JPP semua orang dah keluar, dua pintu bilik itu dikunci dan semua orang angkat tangan dan meletakkan pensil, ini yang saya tahu berdasarkan maklumat yang saya dapat. Saya memang ada nampak Arijan pada malam itu, kalau memang dia ada sampai akhir pengiraan itu dia boleh buat bantahan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi. 

Arijan semalam mendakwa dua orang wanita memegang pensil dan pemadam memasuki bilik pengiraan undi di ibu pejabat PKR semasa insiden bekalan elektrik terputus. Walaubagaimanapun, Mike menegaskan sejurus selepas 'blackout' semua pintu dikunci tidak ada yang dibenarkan untuk berada di atas termasuk petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Dalam masa sama beliau memaklumkan akan menghantar surat bantahan kepada parti esok agar PKR dapat meneliti isu pihak yang masih tidak berpuas hati seperti kumpulan penyokong Khalid ini seterusnya mengeluarkan kenyataan yang disifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas. Saya akan buat bantahan pada Rabu ini untuk isu ini agar tidak ada mana-mana pihak yang akan mengeluarkan kenyataan lagi, perkara ini sudah selesai," tegasnya. 

Untuk rekod pemilihan semula kerusi Kuala Selangor menyaksikan S. Manikavasagam diangkat menjadi ketua Cabang mengalahkan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor. Kegagalan Khalid mempertahankan kerusi itu menyebabkan beliau tiada sebarang jawatan dalam parti sementelah ADUN Pelabuhan Klang itu juga dilihat bakal tewas kepada Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Azmin kini memperolehi 21,066 undi meninggalkan Khalid yang hanya meraih 14,608 undi. Seorang lagi pencabar mereka, Datuk Saifuddin Nasution pula sekadar memperoleh 9,944 undi, setakat ini. Keputusan pemilihan PKR 2014 akan diumumkan pada Kongres PKR, Ogos depan. Kenapa lama sangat nak umumkan keputusan? Nak sabotaj lagi kot. Rojak...rojak PKR ni. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...