LAGI CERITA TRAGEDI MH17..
NAMPAKNYA Malaysia tidak keseorangan bagi menanangi episod sedih bila pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pengganas ekoran persengkataan antara Ukraine dan Russia dan juga pihak pelampau. Sebelum ini ada berita yang mengatakan pihak yang sedang bertelingkah itu tidak membenarkan pasukan penyelamat antarabangsa termasuk dari Malaysia sendiri memasuki kawasan kemalangan yang mana MH17 jatuh terhempas setelah ditembak. Ekoran dari itu, Russia di tekan dari semua sudut oleh negara-negara lain termasuk Belanda yang begitu lantang memberi amaran kepada Russia supaya memberi kerjasama dan mengunakan kuasanya untuk menyiasat siapkah dalang sebenar yang bertanggungjawab menembak pesawat MH17.
Setelah Belanda, kini Perancis pula memberi amaran kepada Russia supaya memberi 'tekanan' kepada puak pemisah, pro-Kremlin di Ukraine agar memberikan kebenaran kepada pasukan penyiasat dan penyelamat untuk masuk ke lokasi kejadian nahas pesawat MH17. Sekiranya Russia tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera, negara itu bakal berhadapan dengan tindakan yang akan dikenakan oleh Kesatuan Eropah pada Majlis Luar Negeri yang akan berlangsung Selasa ini, kata Presiden Perancis (gambar atas) dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpin Perancis, Jerman dan Britain pada Ahad.
Kita tunggu dan lihat apa reaksi Russia dalam hal ini. Adakah mereka (Russia) akan bermain wayang menunding jari pada pihak yang lain? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM