Thursday, July 24, 2014

KAN DAH KENA 'SOUND' DENGAN DULI TUANKU...

KHAMIS, 24 JULAI 2014
TAKKAN itu pun depa tak faham-faham. Memang Duli Tuanku tidak menunding jari pada mana-mana parti politik, tapi, mesaj itu memang di tujukan tepat ke muka orang politik. Kata Baginda, janganlah begitu ghairah berpolitik, sebaliknya melipatkan gandakan amal ibadat sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Baginda juga menekankan keperluan semua pihak dan mengenepikan ideologi politik masing-masing. Katanya lagi, tumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat serta bersatu padu dan kukuhkan silaturrahim di antara satu sama lain agar mendapat faedah serta kebaikan daripada Allah SWT.

Baginda Tuanku tahu akan kemelut dalaman PKR dan Pakatan Rakyat yang mana ianya semakin berpecah-belah susulan tindaka PKR mahu melantik Kak Wan Jijah sebagai Menteri Besar yang baru bagi mengantikan Khalid. Kedudukan Khalid kini ibarat "telur dihujung tanduk" apabila Khalid setakat ini hanya mendapat sokongan PAS Selangor, menakala PKR dan DAP memingir beliau. Namun, Khalid dengan lantang mengumumkan beberapa kali akan hasrat beliau untuk tidak akan meletakkan jawatan dan tetap akan menjadi Menteri Besar Selangor sehingga penggal keduanya. Ini yang memeningkan Anwar Ibrahim dan menjadi kutu dik kerenah Khalid. 

Sementara itu, diberitakan Khalid akan mengadap Duli Tuanku di masa yang terdekat ini bagi menerangkan keadaan suasana politik di Selangor. Seperti biasa Duli Tuanku tidak akan menyuarakan persetujuan atau menyebelahi mana-mana pihak, tapi, diberitakan Khalid selamat. Ini kerana dari desas-desus dari pihak Istana, mereka tidak bersetuju dan berkenan dengan Kak Wan Jijah untuk di jadikan Menteri Besar Selangor yang baru. Apapun, kita tunggu dan lihat. Sekali lagi IBM ingatkan bila Duli Tuanku sudah bersuara, jangan sampai Tuanku bersuara buat kali kedua. Faham-faham je ye. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...