Tuesday, July 22, 2014

PEGAWAI IMIGRESEN DIBURU...

SELASA, 22 JULAI 2014
Seorang pegawai Imigresen antara yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing membabitkan kerugian RM3 juta. Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam Ops Levi di sekitar Lembah Klang pada Ahad, suspek berusia 34 tahun, yang beralamat di Seri Kembangan telah menghilangkan diri. Turut diburu, seorang individu awam berusia 39 tahun dipercayai tinggal di Seksyen 15, Shah Alam. Dalam operasi semalam, kami berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan, dua wanita warga Thailand, seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, berusia lingkungan 28 hingga 56 tahun. Antara barang yang dirampas ialah lapan unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, 223 buku pasport dan wang tunai, kata Abdul Jalil kepada pemberita di sini, Isnin.
Abdul Jalil, berkata sindiket menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan bagi menguruskan permit pekerja asing kepada Syarikat-Syarikat di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang. Katanya, sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu bertindak sebagai 'runner' itu telah memperdaya Syarikat-Syarikat berkenaan setelah menerima bayaran sebelum mengeluarkan dokumen kelulusan palsu. Patut le jumlah pekerja asing haram ni bertambah bilanganya hari ke-hari. Ini ke kerja depa ye. Memalu dan memburukan nama Imigresen je. Tapi, IBM yakin bukan semua pegawai-pegawai Imigresen yang berbuat demekian. Ini, pengkhianat namanya. Demi untuk 'membuncit'kan perut mereka, negara bermasalah. Tangkap dan sumbat je dalam kandang besi tu. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...