TAHNIAH Umno, tahniah DS Najib di atas pendirian Malaysia mengutuk kekejaman rejim Zionis yang keterlaluan dan tidak berperi kemanusian menyerang dan menindas penduduk Palestin yang tidak berdosa. Diharap kelantangan Malaysia dapat di dengar di ikuti oleh negara-negara Islam lain dan juga PBB. Genjatan senjata harus di hentikan serta-merta. Kalau tidak lebih banyak mangsa yang tidak berdosa serta nyawa akan melayang . Wahai dunia, buatlah sesuatu agar kesensaraan rakyat Palestin akan terjamin. Amin! :
Majlis Tertinggi Umno (MT) pada Jumaat mengecam tindakan kejam rejim Zionis menyerang penduduk Palestin di bumi Gaza. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu menyokong pendirian kerajaan dengan menyokong teguh perjuangan Palestin. Kita menentang kekejaman Zionis terhadap serangan ke atas orang awam yang menyebabkan ramai nyawa orang awam terkorban. Umno akan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada mereka,katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn pada Jumaat.
Perdana Menteri memberitahu, Umno akan turut menggerakkan semua ahli parti untuk mengadakan solat hajat di peringkat bahagian seluruh negara. Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata pihaknya telah mengerahkan 40,000 tentera bagi melancarkan serangan darat pula ke Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan'. Mari kita ramai-ramai buat sembahyang hajat agar kesengsaraan rakyat Palestin tidak berterusan. Amin! Wasallam ~ IBM