KEMELUT ISU MB BARU SELANGOR BERTERUSAN..
KALAU nak diambil kira apa yang Khalid gagap nyatakan seperti yang dilaporkan oleh Mstar di bawah ini, memang sukar Nuar dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan untuk menumbangkan dan menyingkirkan Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor. Apa tidaknya, Sultan Selangor ada di belakang Khalid. Itu yang kita nampak sekarang dan itu jugalah jaminan dari Khalid. Cara Khalid bercakap dan memberi laporan kepada Duli Sultan Selangor ternyata di terima oleh Duli Tuanku :
[Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. "Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini malam ini.
KHALID JANJI AKAN BERKHIDMAT SEBAGAI MB SELAGI DIPERLUKAN
Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Khalid sendiri mengiringi Tuanku Sultan Selangor. Khalid di lihat tiada masalah dengan Sultan dan masih diterima oleh Sultan untuk menerajui Selangor. Manakala, sumber dari istana menyatakan mereka menolak dan tidak suka pada Kak Wan Jijah].