Friday, December 11, 2015

PENTAKSUB TUN M SEMAKIN TAKSUB DAN LUAR JANGKA......KAKI BODEK LE KATAKAN!!

JUMAAT, 11 DECEMBER 2015
MEMETIK dari portal Negara Pakatan Harapan di www.negarapakatanrakyat.com, Tan Sri Sanusi Junid dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa, sesiapa sahaja ahli UMNO yang di pecat hanya kerana menentang Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai 'mati syahid'. Nyata kenyataan sebegini seolah-olah mempermainkan istilah syahid dikalangan umat Islam hanya semata-mata mahu meraih sokongan politik terhadap gerakan yang dilakukan oleh Tun M dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kenyataan ini dipetik daripada sebuah majlis yang diadakan di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur petang tadi. Hadir sama, Tamrin Tun Ghaffar, Anina Saadudin, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Umi Hafilda Ali, Tun M dan beberapa orang lagi. Dalam majlis berkenaan, ianya sememangnya dirancang untuk membolehkan Tun M menzahirkan pendapat dan kemahuannya yang gagal di terjemahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 bagi meraih perhatian para pentaksub beliau di PWTC.
Persoalannya, apakah kewajaran bagi Tan Sri Sanusi Junid menzahirkan ungkapan demikian hanya untuk membuktikan perjuangan beliau bersama-sama Tun M masih relevan dan mampu mengekalkan sokongan daripada para pentaksub dan penyokong beliau. Dari segi aqidah, nyata ianya amat bertentangan dan adalah sesuatu yang amat dikesali apabila seorang yang pernah berkhidmat didalam kerajaan dan UMNO sanggup mengeluarkan kenyataan demikian hanya semata-mata mahu menampakkan kerelevenannya perjuangan mereka dalam penentangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. - SUMBER

P/S - ibm mengambil kesimpulan bahawa veteran-veteran Umno di bawah bimbingan Tun Mamak Mahathir inilah dalang sebenar-benarnya yg menyebabkan Tun Mamak Mahathir begitu ghairah menyerang DS Najib. Ibm kurang faham, apa yg mereka mahukan lagi? Segala kekayaan telah mereka kecap semasa mereka didalam kabinet. Kalau soal agama dicampur adukkan ke dalam politik, apatah lagi soal fitnah. Tak mengapa. Korang jawaplah di akhirat nanti. Dari saya - ibm#UMNOPJUTETAPDIHATIKU

4 comments:

  1. Hehe...x fham..?ya arr...benak x terkunci ya....tolong arr maklumkan pada orang besar awak....beri jwapan kpd soalan rakyat dgan jelas...bukan syok sendiri....ada boleh faham ka...? Hehe

    ReplyDelete
  2. x perlu terangkan lagi kepada org tg macam tunggul kayu..sepatutnya tunggul kayu dibuang terus sbb dah x berguna dan membahayakan org sbb nanti terlanggar tunggul kayu

    ReplyDelete
  3. IBM jangan dok jadi batu api..beristifar banyak-banyak

    ReplyDelete
  4. Crown Bridge - cow pun sama jugak lah. bykkan beristifar kerana Tun Mamak & Sanusi Junid tu dh lalok.....huhuhuhu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...