Bila Dipecat Pelbagai Dakwaan Dilemparkan
Kes pemecatan Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman daripada UMNO berikutan salah laku yang telah mereka lakukan, bukan perkara baru dan mengejutkan. Tindakan Jawatankuasa Disiplin UMNO ini jelas menunjukkan betapa mereka begitu serius dan komited dalam membasmi sebarang unsur yang boleh merosakkan perpaduan UMNO samada dari luar mahupun dari dalam parti. Seperti biasa, tidak semua orang dapat menerima hakikat mereka telah dipecat daripada parti yang mereka sertai sejak sekian lama. Sehingga kini, mereka masih lagi tidak boleh menerima pemecatan mereka. Baru-baru ini, semasa menjadi salah seorang ahli panel di Forum Wacana Perdana Selamatkan Malaysia di sebuah hotel di Ipoh, Perak, Datuk Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng mendakwa, ada cubaan untuk merasuah beliau untuk menutup mulut dari terus memperkatakan tentang isu 1MDB dan RM 2.6 bilion.
Dakwa beliau lagi, beliau ditawarkan habuan yang amat lumayan dan beliau menolak habuan berkenaan demi perjuangan parti. Dakwaan yang beliau lemparkan ini sekaligus mengulangi skrip yang sama seperti yang dilemparkan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di satu majlis amanat Timbalan Presiden di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Disember lalu. Dalam majlis berkenaan, Tan Sri Muhyiddin turut melemparkan tuduhan yang sama terhadap “beberapa individu didalam parti” yang kononnya mahu menawarkan habuan lumayan bagi menutup mulut beliau. Sekali lagi, seperti Datuk Hamidah, beliau kononnya menolak tawaran berkenaan.

Andai ini dakwaan mereka, nampaknya, mereka sendiri yang menafikan dan menjatuhkan kredibiliti badan-badan ini serta menghina undang-undang negara. Jika diimbas semula dakwaan mereka ini, modus operandi mereka hampir serupa dengan dakwaan Datuk Seri Anwar pada satu ketika dahulu setelah dipecat dari UMNO yang kononnya memegang satu rahsia besar Tun Dr Mahathir, yang pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Namun, sehingga kini, dakwaan beliau langsung tidak pernah dibuktikan mengikut saluran undang-undang. Memetik kata Tan Sri Muhyiddin, berani kerana benar, andai benar dakwaan demikian, laporkan sahaja kepada pihak polis dan SPRM.

P/S - Bila kejujuran tidak ada, berkecimpung dalam politik mempunyai tujuan tertentu, mengejar harta-benda, itulah jadinya. Tuhan tidak izinkan mereka-mereka yang seumpama ini bertahan lama. Bak kata perpatah : 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirmya jatuh ke tanah juga". Perbuatan mereka-mereka ini memang.....memang memalukan. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.