Hamidah Setuju Bergabung Dengan PAS Serang UMNO

Menurut Hamidah, wacana kononnya anjuran pelbagai NGO itu bertujuan untuk mengupas pelbagai isu semasa yang melanda negara pada hari ini. Ia katanya akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh bermula jam 9 malam dan turut terbuka kepada orang ramai. “Mungkin pada sesi soal jawab, kita akan buka soal jawab dan kita kongsikan bersama sebab kita nak dengar pandangan rakyat di bawah. Hamidah tidak sedar betapa ketika beliau menjadi Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia pelbagai maklumat beliau boleh perolehi sebelum Ketua Penerangan Wanita Bahagian UMNO dapat atau ahli biasa memperolehinya. Beliau adalah Exco Wanita UMNO Malaysia dan kedudukannya begitu rapat dengan Ketuanya Shahrizat.
Kenapa tiba-tiba sahaja beliau dilihat bercelaru dengan isu negara? Apakah wujud kaitan kerana jawatan beliau diganti ketika itu? Tidakkah beliau bakal ditertawakan oleh hadirin yang hadir kerana baru ‘teringat’ untuk berjuang kononnya bersama rakyat dan selama ini beliau berjuang untuk siapa? Kayakan adik beradiknya? Inilah politik 'cari makan' namanya. Bukan ikhlas berjuang, bukan ingin membantu rakyat, tapi....membuncitkan perut sendiri dan ahli keluarga & kroni-kroninya. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.