Saturday, January 9, 2016

NAK TAHAN LAMA? "AMALKAN TONGKAT ALI", SINDIR NIK AMAR PADA PAKATAN HARAPAN...HUHUHUHU!!

SABTU, 09 JANUARI 2016

Dulu dalam satu saf, kini dah jadi lawan. Pas dan Pakatan Harapan terus berperang...teruskan....

KENYATAAN oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah menjangkakan hayat Pakatan Harapan mungkin dapat bertahan lama jika perikatan itu mengamalkan 'Tongkat Ali'. Itulah jangka hayat Pakatan Harapan yang sebenarnya, dan beliau tidaklah pulak tahu kalau diorang (pakatan harapan) makan "tongkat Ali" mungkin panjang," kata Mohd Amar sambil ketawa kecil sebelum berlalu meninggalkan pemberita selepas menghadiri taklimat khas Presiden di Taman Melewar. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan apa yang dimaksudkannya dengan istilah 'Tongkat Ali' itu.
Nik Mohd Amar yang juga pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata demikian ketika mengulas masa depan pakatan itu yang turut mengadakan sidang kemuncak kepimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini. Malah, Nik Amar juga enggan mengulas langkah pakatan itu apabila mengambil pendirian untuk tidak lagi 'bersetuju untuk tak bersetuju'. Banyak pihak sebelum ini menjangkakan hayat pakatan itu tidak akan kekal lama. Salah satunya ialah PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) apabila menyatakan jangka hayat Pakatan Harapan lebih pendek dari Pakatan Rakyat.
Kenyataan tersebut difahamkan dibuat berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan, ditambah lagi dengan masalah dalaman di dalam parti masing-masing, dan ia menjangka paling lama hayat pakatan itu boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Sementara itu, PAS hari ini mengadakan taklimat khas Presiden bagi membincangkan isu-isu semasa yang bermula sekitar jam 9 pagi. Taklimat hari ini turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bagaimanapun Presiden PAS itu dilihat meninggalkan majlis sekitar jam 12.15 tanpa memberi sebarang komen kepada pemberita. Ada apa-apa yang hendak disorok oleh DS Hj Awang daripada pemberita? Ehmmmmm...entahlah. Hanya dia sahaja yang tahu. 
Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...