Kes Rahim Thamby Chik Disebut Semula 1 March

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Abdul Rahim turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.

Ketika ditemui pemberita, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Abdul Rahim berkata pihaknya memfailkan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 17 Disember lepas bagi menggugurkan pertuduhan ke atas anak guamnya atas sebab beliau tidak mempunyai niat menghasut. Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman. – SUMBER
P/S - Itulah akibat bila mulut terlalu celupar. Belum dapat kesohehannya, dah di war-warkan kedalam laman sosial. Kan makan diri sendiri tu. Apapun, sendiri buat sendiri tanggunglah Tan Sri. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU