
Bryan memberi contoh sentimen paling baharu orang ramai yang marah kerana kerajaan mengurangkan kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus. Beliau mendakwa, kerajaan telah merompak simpanan hari tua golongan pekerja dengan mengurangkan potong KWSP mereka setiap bulan. Tuduhan itu bagaimanapun tidak berasas kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin menjelaskan pengurangan potongan KWSP itu untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan pekerja. IBM dah tahu segala dakwaan Bryan itu juga menunjukkan sikap tidak jujur pemimpin pembangkang yang sebelum ini membantah keras cadangan KWSP menghadkan usia maksimum pengeluaran simpanan KWSP 60 tahun.
Pembangkang waktu itu mendakwa pencarum KWSP perlu dibenarkan mengeluarkan wang simpanan mereka lebih awal kerana mereka memerlukan duit. Kesimpulannya, pembangkang, terutamanya DAPigs sudah kehilangan dan ketandusan modal untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus kukuh dan diminati ramai, iaitu rakyat. Jom tolak Pembangkang, terutamanya DAPigs pada PRU ke-14 nanti. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU #KEKALNAJIB