Thursday, October 28, 2010

Mengimbau Kembali : Tun Dr Fatimah Hashim


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Keempat (1956 - 1972 ).

PEMERGIAN Srikandi Negara in i pada usia 85 tahun, tanggal 10 Januari lalu adalah kehilangan besar seorang tokoh politik wanita yang banyak jasanya kepada tanah air. Mengenali Tun Dr Fatimah Hashim ketika mula menjadi wartawan dulu di samping sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO juga sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu adalah satu pengalaman yang tetap diingati pada bila-bila masa.
Beliau tegas, tetapi pada masa yang sama tetap peramah dan mesra, malah tidak pernah lokek berkongsi pengalamanya. Baginya walau sesibuk mana seorang wanita di luar rumah kerana bekerja, pakaian suami dan makan minum harus dijaga dengan baik demi keharmonian rumah tangga.
Ketika menemui Allahyarhamah beberapa tahun sebelum pemergiannya, ingatan beliau masih tajam, masih mengenal kita yang telah berusia ini, " dari suara saya masih ingat", katanya peramah. Pada usia 21 tahun, Dr Fatimah telah menceburi parti politik UMNO pada tahun 1947 di Johor, cawangan Nong Chik, dan pernah menjadi bendahari cawangan itu.
Beliau dilahirkan dalam keluarga yang agak besar pada tahun 1947 dan mempunyai seramai 15 orang adik-beradik. Isteri kepada Tan Sri Kadir Yusuf yang juga bekas Menteri Undang-undang itu tidak pernah menoleh ke belakang dalam karier politiknya. Pada tahun 1956 beliau di lantik sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaya ketika itu menggantikan Allahyarahamah Khatijah Sidek. Beliau kekal memegang jawatan yang kemudian ditukar kepada Pergerakan Wan ita UMNO Malaysia selama 16 tahun.
Wanita UMNO yang diketuai oleh Dato' Sri Sharizat Jalil tetap mengenang jasa-jasa Srikandi Negara ini, tokoh wanita terbilang dan telah banyak jasa dalam membawa Wanita UMNO ke arah kejayaan. Satu majlis tahlil sempena pemergian beliau telah dianjurkan dan dihadiri oleh ramai ahli Wanita UMNO. Kepada allahyarhamah Tun Dr. Hajjah Fatimah Hashim, bersemadilah dengan aman. Amin. AL-FATIHAH.

IBM : Bak Kata Allahyaraham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee : ' dimanakan ku cari ganti '.

Sumber Ikhsan dari : Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Terima kasih.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...