Monday, October 25, 2010

UMNO Selangor sedia - Sambut baik cadangan Najib ubah pemimpin tertentu..


Kepimpinan UMNO Selangor menyambut baik cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, perubahan itu adalah salah satu proses untuk mengemas kini jentera parti terutamanya di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). " Saya memandang positif cadangan yg dibuat oleh Presiden kita memandangkan ia salah satu cara untuk menguatkan serta memperkukuhkan jentera parti lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Besar kemungkinan terdapat pengubahsuian penstrukturan kepimpinan parti di negeri-negeri di bawah PR," katanya semalam.
Abdul Shukor berkata, cadangan itu adalah salah satu usaha supaya ia dapat memantapkan lagi pengurusan parti. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, beliau mengalu-alukan perubahan tersebut kerana sudah tiba masanya UMNO negeri dipimpin oleh anak negeri sendiri. " Kita sambut baik cadangan itu dan kemungkinan akan berlaku beberapa perubahan kepimpinan di negeri-negeri seperti Selangor, Terengganu dan Kedah kerana sebelum ini terdapat keperluan yang mana negeri-negeri berkenaan dkipimpin oleh Naib Presiden serta Presiden UMNO sendiri," katanya.
Dan.....kita juga berharap supaya program 'Selamatkan Selangor DarulEhsan' (SSDE) di teruskan kerana kebekesananya begitu ketara sekali dan penerimaan rakayat akan program tersebut amat mengalakan. Kesimpulannya : Kita pastikan PRU-13, Selangor kembali kepangkuan UMNO/BN...........
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...