Thursday, October 28, 2010

KEADILAN Umum 7 Misi Dalam Manifesto Batu Sapi..!!


SANDAKAN, 27 Okt - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mengumumkan tujuh misi perjuangannya jika calonnya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di situ 4 Nov ini.

Calonnya Ansari Abdullah berkata tujuh misi berkenaan termasuk menyampaikan suara dan keluhan rakyat kawasan Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.

"Saya juga bertekad membela rakyat Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

KEADILAN juga, katanya, akan bersama rakyat untuk berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan selain merancang pelbagai program dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat Batu Sapi.

Menurut Ansari, PKR juga akan memastikan pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka serta membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial.

Sambil berjanji untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sepenuh hati, Ansari berkata beliau akan berusaha memberikan layanan yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi tanpa pilih kasih.

Ansari_Abdullah1Ansari turut menafikan laporan media kononnya beliau diserang oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional di kawasan Kampung Bukara ketika berkunjung ke situ malam tadi.

Katanya beliau sudah tiga kali ke perkampungan berkenaan untuk berkempen dan tidak pernah dikasari oleh penduduk kampung itu.

"Pagi tadi, ketika mengiringi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Pasar Tanah Merah, saya ditanya pemberita sama ada benar saya diserang malam tadi. Saya tanya dia, apakah anda ada melihat sebarang tanda yang saya telah diserang?," katanya.

Dalam pilihan raya itu, beliau berdepan dengan Linda Tsen Thau Lin daripada BN dan Datuk Yong Texck Lee daripada Parti Maju Sabah.

Kerusi itu kosong berikutan kematian DAtuk Edmund Chong Ket Wah daripada BN akibat nahas jalan raya pada 9 Okt lepas.

IBM : Manifesto, manifesto, manifesto, Itulah saja modal PKR, Manifesto di PRU 12 dulu dah di kotakan ke..?
Kalau dah dasar kaki kelantong, kelentong jugak. Memang sesuai dengan nama PARTI KELENTONG RAKYAT (PKR)............
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...