Wednesday, October 27, 2010

KU LI : MARUAH DAN PARTI....?


GUA MUSANG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dianggap sesetengah pihak sebagai ujian getir bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (ku Li) memilih antara 'maruah diri' dan parti.
Ini sedikit sebanyak kerana pendirian Ku Li yang jelas dalam isu royalti minyak Kelantan, perancangan ekonomi negara, isu rasuah, keyakinan beliau kepada Dato' Seri Najib dalam mentadbir negara dan teguran keras terhadap UMNO.
Pelantikan beliau sebagai Pengarah PRK DUN Galas dilihat mempunyai tanggungjawab cukup besar dan amat mencabar bagi Ku Li dilihat sesetengah pihak seperti terpinggir atau 'tidak diperdulikan' oleh puncuk kepimpinan parti.
Malah kata-kata nista turut dilemparkan oleh sesetengah pihak mendakwa Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ini sudah nyanyuk, tua dan tidak bertaring lagi. Ini terbukti semasa Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 2004 dan 2008 tiada Bahagian sanggup mencalonkan Ku Li sebagai Presiden UMNO. Sedikit sebanyak ianya menjejaskan maruah dirinya.
Menjelang PRK DUN Galas nama Ku Li disebut-sebut sebagai paling layak bertanding di kerusi ini. Ini adalah kerana selain menyandang jawatan Ahli Parlimen Gua Musang tidak pernah kalah dalam pilihan raya selama sembilan penggal sejak 1974 - 2008 merupakan Ketua Bahagian yang mempunyai ramai penyokong disini.
Ku Li melihat keadaan situasi politik dewasa ini. Ku Li di lihat antara calon ADUN Galas paling sesuai. Bagi pihak PAS pula akan tetap mempertahankan kerusi yan g dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke 12 dulu. Ramai penyokong parti itu mengalu-alukan PRK di anggap ujian besar bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) difahamkan tidak mendapat sokongan pengundi Cina dewasa ini. Secara tidak langsung untuk melihat sejauh mana rakyat menerima konsep 1 Malaysia dan gagasan dibawa oleh Perdana Menteri selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Salah seorang pemerhati politik melihat, jika Ku Li atau calon BN yang lain kalah dalam PRK tersebut sudah tentu nama anak Raja itu dijaja sebagai pensabotaj parti. Ini adalah kerana Ku Li sudah melontarkan persetujuan untuk menjadi saksi dalam kes tuntutan Royalti minyak umpamanya, Ku Li dilihat antara yang paling lantang menyuarakan pandangan dan mahukan wang royalti itu dipulangkan kepada Kerasjaan Kelantan untuk tujuan pembangunan negeri itu.
Dalam konteks PAS pula amat menghormati ketokohan, kewibawaan dan pendirian Ku Li dilihat tidak keterlaluan menyerang parti pembangkang sepertimana sesetengah pemimpin UMNO lainnya. IBM : Besar Harapa Kita Semua Agar PRK DUN Gala ini berpihak kepada UMNO/BN.
KU LI : 'Menang menang'...............itulah harapan beliau demi untuk rakyat Kelantan semua. Kita tunggu dan lihat keputusannya nanti, kerana rakayat yg akan menentukannya nanti.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...