Tuesday, October 26, 2010

WAN AZIZAH MAHU NAJIB TARIK BALIK KENYATAAN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik kenyataannya yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO dua hari lalu yang menunjukkan seolah-olah UMNO sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan kuasa sebagai pemerintah.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, PKR mahu Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memberi jaminan jika perubahan Kerajaan Perseketuan berlaku dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang, Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kuasa secara terhormat.
Beliau berkata, kenyataan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO itu jelas mengundang persepsi negatif dalam kalangan rakyat kerana ia seakan-akan menunjukan apa saja untuk mengekalkan kuasa. Kenyataan Najib itu bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan merdeka hingga kini.
Katanya, hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana harus diberi mandat untuk memerintah negara ini. Pada ucapan dasar Presiden, Najib meminta ahli UMNO pertahankan Putrajaya daripada sebarang cubaan merampasnya.
Nampaknya Wan Azizah dan PR sudah mula gusar, mula gentar dan takut akan kekuatan UMNO. Persoalannya, siapa Wan Azizah yg mahukan DS Najib tarik balik kenyataan beliau.??
Selama ini si Anwar lagi banyak membuat kenyataan yg menyentuh hati rakyat dan org2 Melayu, mahukah Anwar menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada rakyat jelata..?

IBM : Fikir-fikirkanlah.................
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...