Saturday, October 30, 2010

Ketandusan Modal : PAS "Sentuh" Ku Li


GUA MUSANG - PAS memulakan kempen hari keempat semalam dengan mendakwa ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengkhianati parti itu dengan bertindak membubarkan Semangat 46 pada tahun 1966 sekali gus merencatkan usaha untuk membantu masyarakat orang asli.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim berkata, Tengku Razaleigh mempunyai fail berkaitan dengan hal ehwal Orang Asli bersamanya ketika membubarkan semangat 46 sekali gus menyukarkan PAS untuk membantu masyarakat ini.
" Apabila Ku Li hancurkan Semangat 46 dan UMNO, tiada fail lagi yang ditinggalkan, kita tidak tahu di mana nak mulakan untuk meneruskan urusan Orang Asli. Jadi ia adalah satu pengkhianatan yang Ku Li dan Semangat 46 lakukan," katanya dalam sidang media di Markas PAS di sini, semalam. Menjawab dakwaan tersebut, Tengku Razaleigh ketika ditemui di sebuah majlis di sini berkata, beliau tidak menyimpan sebarang 'fail' kerana bukan bertindak sebagai Kerajaan.
" Mana ada fail, saya bukan bertugas dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya tak pernah ada dalam Kerajaan. Kalau orang bawa lari 'fail' , orang Kerajaanlah, siapa dalam Kerajaan.?" katanya.

IBM : Memang kurang asam orang-orang PAS ni ye....tak habis-habis nak buat fitnah. Mereka tak takut TUHAN ke...?...atau TGNA yang ajar mereka kerana buat fitnah ke, buat bohong ke, orang-orang PAS bila mati nanti dah di janji bulat-bulat masuk syurga. Kalau macam itu IBM pun nak masuk PAS lah.....hehehehe.......
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...