Monday, October 25, 2010

KHALID GAGGAP KEBAL......??


Selepas menang dengan besar pada pemilihan peringkat Cabang kuala Selangor pada 4 Oktober lalu, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah mendapat 'nafas baru' meneruskan niatnya bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti itu. Ianya direalisasikan pada 10 Oktober 2010 lalu apabila mengumumkan sedia merebut jawatan nombor dua PKR, memberi cabaran kepada tiga calon lain iaitu Datuk Zaid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub. Malangnya, enam hari selepas mengembirakan penyokongnya, Abdul Khalid gaggap gagal menyerahkan borang pengesahan bertanding di Ibu Pejabat PKR. " tiada tekanan, saya dinasihat memberi tumpuan mengekalkan pemerintahan PKR di Selangor," katanya menjelaskan punca penarikan diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Paling menarik, Khalid gaggap juga merasa yakin kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor kekal selamat sehingga pilihanraya umum ke-13 (PRU-13), mestipun timbul pelbagai spekulasi ianya mungkin diambil alih pemimpin lain dari PKR.
Kesimpulan dari IBM : 1. Azmin bukan punca Khalid tarik diri.......
2. Kita tungu PRU-13 jika mahu gulingkan Khalid daripada jawatan MB Selangor........
3. Hapuskan terus PKR dan PR dari muka bumi Selangor..........
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...