Saturday, December 25, 2010

Antara Keadah Syaitan Memasuki Hati Manusia

Diantara buku-buku di pasaran yang membicarakan tentang Syaitan

Walaupun kita sedang menunaikan solat, syaitan tidak akan berputus asa, menghasut dan akan menyesatkan anak-anak adam

BICARA TENTANG AGAMA

Bismillahirrahmanirahim...Assalamualaikum...

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ?..Mari kita sama-sama menyelami dan mengenali siapakah 'Syaitan' itu sebenar-benarnya.....


Sesungguhnya syaitan dan iblis itu berpakat mahu menyesatkan manusia hinggalah manusia itu tunduk dan menjadi sebahagian daripada mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda antara maksudnya ialah sekiranya dua orang lelaki dan perempuan berdua-duaan, maka akan ada orang yang ketiga. Orang ketiga itulah syaitan yang menghasut anak Adam untuk terjerumus ke lembah maksiat.

Kali ini kita akan lihat antara kaedah-keadah yang digunapakai oleh syaitan untuk memasuki hati manusia sehingga menjadikan hati manusia itu keras, gelap dan berada kesesatan. Keadah-keadah tersebut ialah :

1) Bermula dengan bisikan syaitan agar menggerami perihal keduniaan, kemudian dihasut agar berpaut lalu mencintai dunia pula. Sedangkan kehidupan akhirat terus dipinggir dan terkeluar dari lubuk hati. Hati menjadi keras lalu memilih dunia sebagai matlamat hidup, lantas melupakan akhirat sebagai pengakhiran nanti.

Akhirnya mereka terus hanyut menjadi manusia lalai kemudian terjerbak ke kancah kebinasaan diri sendiri.

2) Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan. Berangan sehingga seharian tanpa melakukan sebarang pekerjaan berfaedah.

Oleh kerana keasyikan dan khayal dengan angan-angan melayani perasaan sendiri, akhirnya ia akan mengeraskan hati manusia.

Lantaran ini manusia akan mudah terpengaruh dengan bisikan jahat syaitan dari fikirannya yang waras. Di mana suara hati jahat dirasuki oleh bisikan syaitan yang mudah pula mempengaruhi setiap pertimbangan dan tindakan untuk melakukan perkara kebinasaan.

3) Sifat terlalu rakus dan tamak terhadap harta serta kehidupan dunia boleh menjadi titik kelemahan manusia membenarkan syaitan menyelinap ke dalam hatinya.

Ini kerana sifat dan sikap tamak merupakan sifat mazmumah (perbuatan dikeji) yang akhirnya pengawal sifat berkenaan menyusahkan orang lain. Kesan akhirnya diri sendiri juga mendapat parah pendriaan.

4) Bakhil dengan apa yang diperolehinya kerana bakhil itu merapatkan pintu kepala kesombongan.
Bakhil juga menyebabkan seseorang itu berat dan tidak mahu mengeluarkan zakat atau sedekah. Bersambung.........

ULASAN IBM : Syaitan ada dimana-mana. Kuatkan iman kita, insyallah tuhan akan bersama kita. Bila bisikan hati berdegup begitu cepat, bermakna syaitan telah memasuki hati kita dan akan memulakan hasutan kepada manusia......berhati-hatilah....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...