Thursday, December 16, 2010

Parlimen : Dewan 'Panas'.....!

Semalam Di Parlimen :

SUASANA tenang sesi perbahasan Rang Undang-undang Kewangan di Dewan Rakyat semalam 'tercuit' juga apabila perkataan 'bangang' dan 'menopaus' yang keluar daripada mulut Ahli Parlimen 'menghangatkan' keadaan.
Walaupun sudah ditegur Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin, kelmarin supaya berbahasa secara berhemah, tertib dan matang bagi memperlihatkan Parlimen Malaysia bertaraf dunia, malah turut diperingkatkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee supaya bertenang namun, keadaannya tetap sama.

KHALID.....mencelah

Bermula dengan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) yang mula-mula menyebut perkataan 'bangang'
ketika mencelah ruang berbahas Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas). Khalid berkata, "....mana-mana (Kerajaan) nak ada perubahan bila benda (proses pengurusan) nak dibuat (ikut) cara sama tapi mengharapkan keputusan berbeza...ini yang dikatakan minta maaf ye 'bangang'. Bukan orang, prosesnya 'bangang' kerana buat kerja yang sama tapi harap keputusan berbeza."

TAJUDDIN.....selar Khalid

Berikut kenyataan itu, Tajuddin (BN-Pasir Salak) menyelarnya sebagai melampau. Katanya, "Dia (Khalid) dah melampau. Sebagai mewakili parti Pas tidak akan cakap begini. Ini Islam celuplah, memalukan parti Islam saja. Yang Dipertua minta dia tarik balik apa yang dia kata tadi."

Ibrahim Ali :
Selaku pembangkang Khalid tidak wajar mencari kesalahan sebelah pihak sebaliknya turut mengkaji kesilapan diri sendiri. "To be fair, pembangkang pun serupa juga...saya tengok kerajaan negeri yang diperintah pembangkang pun mana nak mengaku salah sendiri. Manusia ini siapa nak mengaku dia salah, sebab itu kita kena ingat, mengapa dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih," katanya.

# IBM : Apa nak jadi dengan 'pembankang' sekarang ni. Telah di nasihat oleh Timbalan Perdana Menteri supaya berdebat secara berhemah, mereka masih lagi berkelakuan ala 'Gangster'. Nasib baik kerusi di Parlimen tidak boleh di cabut, kalau tidak dah tentu kerusi melayang, macam di Parlimen Taiwan, bertumbuk sesama sendiri. Memalukan. Inilah yang pembangkang nak ikut....memang kurang ajar pembangkang ni.......

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...