Ini ekoran seorang peniaga dari Subang Jaya kehilangan wang simpanannya sebelum dia pencen.
Salam,
Berlaku di SUBANG JAYA. Seorang peniaga hanya mampu berputih mata apabila wang simpanan lebih RM56,000 yang dicarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika bekerja sebelum ini lesap sekelip mata.
Difahamkan, kejadian disedari mangsa apabila membuat pemeriksaan di sebuah mesin kois KWSP di USJ, Subang Jaya sebelum mendapati jumlah simpanan itu menunjukkan angka kosong.
Lebih malang, apabila ke KWSP untuk mendapatkan penjelasan, mangsa C.Sarasvathi, 54, diberitahu wang berkenaan sudah dikeluarkan oleh seorang lelaki dipercayai berbangsa Sikh. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Sarasvathi berkata, apa yang menyakitkan hati adalah dia diberitahu sudah meninggal dunia dan wang dikeluarkan oleh seorang yang mendakwa penjaganya pada April tahun yang sama.
Dia ke KWSP pada 15 Disember lalu, untuk membuat semakan penyata wang simpanan pekerja. Alangkah hampanya dia bila diberitahu wang dia sudah dikeluarkan oleh seseorang di cawangan yang sama.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki itu mengeluarkan wang dengan menggunakan sijil kematian tertera namanya yang dikeluarkan pada tahun 2008. Dia hairan mengapa agensi berkenaan tidak menghubungi waris kerana individu yang membawa surat kematian mendakwa dia hanya penjaga dia.
Malah dia merasa pelik kerana apabila ingin mendapatkan penjelasan, pihak itu meminta supaya dia tidak memperbesarkan hal ini. Oleh kerana tiada tempat untuk mengadu, C. Sarasvathi mengadukan perkara itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh semalam.
Dia yang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, kenapa di Dang Wangi.?..meluahkan rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap pengurusan KWSP dan mengesyaki adanya dalang yang bersubahat dengan kes terbabit. Hannah Yeoh pula menerima aduan itu dipejabatnya, menggesa polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes itu.
Dia meminta Polis memaklumkan terkini siasatan kepada mangsa selain menggesa orang awam supaya membuat pemeriksaan status KWSP mereka dan dokumen pengenalan diri semasa ke semasa.
Ulasan IBM : Nasihat saya supaya semua pencarum membuat pemeriksaan status akaun mereka dari masa ke masa. Pihak pengurusan KWSP harus menyiasat kes ini kerana ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat/pencarum terhadap KWSP. Kalau di sana duit rakyat tak selamat, kemana lagi kita nak simpan duit untuk simpanan masa tua kita ? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini ?..pencarum, pihak KWSP...?..fikir-fikirkan........