KUALA LUMPUR – Parti pembangkang sanggup melacurkan falsafah perjuangannya dan bersekongkol dengan mana-mana pihak termasuk Anwar Ibrahim yang pernah dicaci dan dicerca dengan pelbagai panggilan demi untuk mendapatkan kuasa, pangkat dan kedudukan.
Pemangku Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman menegaskan bahawa sikap Dap yang seperti talam dua muka jelas menunjukkan pesona-pesona politik dalam pakatan dan tidak ada prinsip perjuangan yang suci dan mutlak.
“Apa yang kita boleh lihat dalam pakatan pembangkang ini penuh dengan kepura-puraan iaitu mereka sekadar berpakat untuk mendapatkan kuasa dan impian menawan Putrajaya,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan sikap pemimpin Dap yang sanggup menafikan kebobrokan Anwar sedangkan ketika Anwar berada dalam Barisan Nasional (BN) dan menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Daplah yang lantang menempelaknya.
“Pembangkang buat-buat lupa bahawa Karpal Singh yang menelanjangkan kisah Anwar dalam kes salah lakunya tetapi yang peliknya dia yang kemudian menjadi pembela apabila Anwar didakwa,” jelasnya.
Abdul Aziz yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang (1987-1990) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab (1982-1986) turut membidas Anwar yang telah terbukti langsung tidak berpendirian kerana bersekutu dengan pihak yang banyak memaki dan memburuk-burukkan namanya ketika berada dalam Kerajaan.
“Anwar sendiri tidak pernah bersetuju dengan perjuangan Dap yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu sehingga terserlah keultra-Melayuannya apabila berdepan dengan Dap semasa dia berada dalam UMNO tetapi prinsip tersebut digadai demi untuk mendapatkan kuasa dan memasang impian menumbangkan Kerajaan yang ada hari ini,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, Anwar sengaja melupakan sejarah lalu yang pernah berlaku dalam hidupnya dan membentuk pakatan bersama-sama Dap dan Pas kerana tahu bahawa impian untuk mendapatkan kuasa tidak akan tercapai sekiranya ‘menentang’ BN bersendirian.
“Dap memang rasis, dari awal penubuhannya sehinggalah ke hari ini tidak ada bezanya dalam matlamat perjuangan mereka. Secara simboliknya pemimpin Dap ini akan menggunakan isu-isu kesaksamaan, merit dan sebagainya sedangnya ia sebenarnya adalah entiti yang mengundang kepada perselisihan kaum dan mengelirukan masyarakat.
“Tidak kiralah sama ada Anwar atau Dap sendiri saling mempergunakan kerana mereka gilakan kuasa. Mereka sanggup buat apa saja sekalipun berkomplot dengan pihak yang pernah menjadi bahan kritikan sendiri.”
Jelasnya lagi, jika dahulu pembangkang sering melabelkan BN sebagai parti anak-beranak dan kronisme terbukti bahawa label tersebutlah yang diamalkan oleh mereka.
“Kita lihat siapa Lim Kit Siang dan siapa Lim Guan Eng selain peranan Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh yang terlalu ekstrem dalam perjuangan Dap. Merekalah yang mengamalkan parti anak beranak dan kronisme. Begitu juga dengan PKR yang dikuasai oleh Anwar, Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah.” - MediaUMNO
ULASAN IBM : Memang betul, Dap adalah kafir Harbi, parti yang akan menghalau orang2 melayu dari tanah airnya sendiri. adakah melayu di Malaysia ingin menjadi seperti melayu-melayu Singapura.?...tepuk dada tanya sendiri...