Wednesday, December 29, 2010

Sorotan Senario Politik 2010

Kata Pakatan Reput (PR) :

TAHUN 2010 akan melabuhkan tirannya dengan pelbagai sorotan peristiwa sepanjang tahun. Pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen, kenaikan harga barangan keperluan, fahaman jumud yang beradarkan sentimen perkauman sempit serta penindasa ke atas hak rakyat terbanyak semuanya angkara UMNO-Barisan Nasional. Tercatat juga dalam kelendar 2010 kejayaan Pakatan Rakyat selesai Konvensyen di penghujung Disember.

Harapan pemimpin-pemimpin Pakatan Reput :
SEGANDING UBAH TAKDBIR NEGARA - Kuak.!.Kuak.!.Kuak!!!!

Ini antara rentetan mereka :

" Saya berharap agar ekonomi negara lebih baik pada 2011 berbanding tahun-tahun sebelumnya yang cukup menekan majorti rakyat khususnya kelas menengah dan golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan harga barang dan lain-lain bebenan." - Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.


" Bagi rakyat Malaysia saya berharap kita akan keluar dari belenggu UMNO-BN memandangkan pada tahun depan merupakan pilihan raya umum. Semuga mereka bijak memilih kerajaan yang terbaik." - Naib Presiden KEADILAN. - Fuziah Salleh

" Semoga tahun 2011 ini berupaya mengajak minda rakyat ke era yang menyakinkan bersama Pakata Reput seterusnya melakukan reformasi di negara kita bagi mengembalikan integriti dan maruah Malaysia ke arah yang lebih baik." - Naib Presiden PAS pusat - Salahuddin Ayub

" Mudah-mudahan bersempena tahun baru ini, rakyat Malaysia akan bebas dari jenayah dan rasuah yang cukup parah di era UMNO-BN. Semua ini mampu kita capai dengan menyokong agenda Pakatan yang pro rakyat." - Timbalan Pengerusi DAP - Dr Tan Seng Giaw.

ULASAN IBM : Memang harapan pemimpin-pemimpin Pakatan Reput rakyat tinggi mengunung, tapi rakyat bukan bodoh, rakyat dah muak dengan perilaku pemimpin-pemimpin PR yang hipokrit, pencetus fitnah, terlalu rasis (DAP). Itulah sifat-sifat semula jadi mereka yang mengamalkan politik songsang, juga untuk memuncitkan perut mereka. Ini yang nak memimpin negara ?....kirim salammmm.!..kepada rakyat jelata berhati-hati memilih di PRU ke-13 nanti. Undi anda adalah penentu jatuh bangunnya ekonomi dan kesetabilan, serta kehormanian Negara kita, Malaysia.....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...