Thursday, July 3, 2014

KHALID GAGAP DIKATAKAN MENDAHULUI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR? EHH..EHH..MACAM TAK PERCAYA JE...

KHAMIS, 03 JULAI 2014
ITULAH berita yang diterima dari kem Khalid gagap. Tapi, ianya dinafikan oleh kem Azmin Ali. Kata mereka itu adalah mustahil dan Khalid kini di ambang kekalahan. Apapun, lantak pi  lah depa. Nak berperang ke, nak pancung-memancung, lantak pi lah depa. Kenyataan di bawah ini sedikit sebanyk membolehkan anda para pembaca sekalian membuat penilian. Baca jangan tak baca :

Kem calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Menteri Besar Selangor itu kini mendahului persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, walaupun gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor. Sumber terdekat Khalid memberitahu The Star Online bahawa beliau kini mempunyai kelebihan berbanding Azmin Ali dengan memperolehi majoriti 700 undi untuk jawatan tersebut, selepas pemilihan baharu yang diadakan di beberapa bahagian. Namun, kem Azmin menafikan jumlah majoriti undi tersebut dengan mendakwa Khalid berada di ambang kekalahan. Berdasarkan pengiraan kami, Khalid menerima lebih banyak undi di 11 cabang di Selangor, lima di Sarawak dan empat di Sabah. Di Sabah misalnya, beliau mendapat lebih 1,700 undi," kata sumber

.Setakat ini, PKR mengadakan pemilihan semula di 25 cabang dengan baki dua lagi cabang iaitu di Puchong dan Kelana Jaya akan diadakan pada 10 Ogos ini. Pemilihan semula diadakan di 27 cabang kerana wujud pelbagai percanggahan dan penyelewengan dalam proses pengundian yang diadakan secara rasmi dari 26 April hingga 11 Mei lalu. Menurut sumber tersebut, Khalid menang di Kota Raja, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Selayang, Subang, Kapar, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat. Di Sabah, Khalid mendapat majoriti undi di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar. Sementara itu, undi di beberapa bahagian di Sarawak iaitu di Limbang, Julau, Kapit, Sarikei dan Batang Sadong turut dikatakan berpihak kepada Khalid.

Bagaimanapun, kem Azmin menegaskan Ahli Parlimen Gombak itu belum tewas tetapi sebaliknya memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu. Menurut sumber yang enggan dikenali, Azmin menerima 20,351 undi manakala Khalid mendapat 15,767 undi sehingga 1 Julai. Sementara itu, pencabar ketiga, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai peluang tipis untuk menang selepas sekadar memperoleh 9,590 undi setakat ini. Keputusan itu tidak termasuk undi dari Subang, Sg Besar, Keningau, Pensiangan, Papar, Tenom, Kelana Jaya dan Puchong. Adalah tidak benar Khalid sedang mendahului. Walaupun terdapat undi dari beberapa cabang, ia masih tidak diambil kira, Azmin masih kekal mendahului," kata sumber dari kem Azmin.

Andai kata Khalid gagap tewas, jawatan Menteri Besar pun terlepas, agak-agak ke mana dia nak pergi lepas ni? Bertanding Ketua Cabang pun tewas...jadi, adakah Khalid akan mencari tali hayat yang baru dengan menyertai parti lain? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...