BAK kata perpatah melayu, sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya. Begitulah dengan al-kesah pembunuhaan Tim. Ketua Pengarah Kastam yang agak mengemparkan kita, akhirnya pembunuh tersebut dapat di berkas, walaupun di khabarkan hanya suspek. Siasatan akan di jalankan, lambat laun akan terbongkar juga. Tahniah kepada PDRM yang dapat menghidu sehingga tertangkapnya suspek tersebut. Setiap yang bersalah akan menerima balasannya, dunia dan juga di akhirat. Awas semua. Jenayah ada di mana-mana :
Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu berjaya diberkas. Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan bersama tiga lagi rakannya dalam dua serbuan berasingan pada awal pagi Selasa. Empat lelaki telah ditahan di Ampang dan Batu Caves. Mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an,kata sumber. Menurut sumber, salah seorang suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Jati, Rawang kira-kira pukul 10 pagi Rabu. Sehelai kemeja-T yang dipercayai digunakan oleh lelaki semasa menembak Shaharudin turut dijumpai. Lelaki tersebut kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, katanya.
Tempat kejadian pembunuhan Tim. KP Kastam Datuk Shaharuddin
Shaharuddin, yang mengetuai Jabatan Perkastaman/Cukai Dalam Negeri akan bersara dalam tempoh setahun lagi sebelum beliau ditembak mati pada 26 April lalu. Beliau berkhidmat di jabatan tersebut selama lebih 30 tahun dimana beliau banyak berjasa dalam menjayakan operasi mengekang ketirisan wang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 26 April tahun lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada PDRM yang berjaya mengheret suspek ke muka pengadilan walaupun ianya adalah suspek sahaja. Tapi, bukti yang di jumpai pada suspek sudah cukup untuk mendakwa si sial tu ke Mahkamah untuk dibicarakan dan di hukum mengikut kesalahan yang dilakukannya. Seperti yang IBM tulis di atas sana, awas, jenayah ada dimana-mana. Oleh itu berhati-hati dan berilah kerjasama kepada pihak yang berkuasa. Insyallah, kita selamat. Wasallam ~ IBM