Monday, April 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

18 APRIL


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
BERTEMU KEMBALI DIRUANG 'HARI INI DALAM' SEJARAH.
MAAF DUA HARI TIDAK MUNCUL. TERDAPAT SEDIKIT KERUMITAN TALIAN INTERNET DI KAWASAN SAYA. JOM KITA BACA APA YANG BERLAKU PADA HARI INI.......

MESYUARAT PERTAMA MAJLIS NEGERI SELANGOR
TARIKH PERISTIWA : 18-04-1877


Pada hari ini dalam tahun 1877, mesyuarat pertama Majlis Negeri Selangor telah diadakan. Ia merupakan majlis pertama terbentuk di negeri Selangor dan Tanah Melayu amnya. Majlis ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik dengan persetujuan Sultan. Mereka terdiri dari kerabat-kerabat diraja yang mewakili orang-orang Melayu, wakil orang-orang Cina dan dua wakil Inggeris. Dalam majlis tersebut, baginda Sultan telah melantik Tengku Kudin sebagai Yang DiPertua Majlis Mesyuarat. Ahli-ahlinya terdiri daripada Kapten Bloomfield Douglas, Raja Kahar Ibni Almarhum Sultan Abd. Samad (yang menjaga Kajang), Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong), James Innes (Pemungut cukai dan Majistret Langat), Syed Zain dan Pengurus Kebun-kebun dan Yap Ah Loy (Kapitan Cina). Mesyuarat ini telah diadakan di Kelang dan ia aikan bersidang tujuh kali setahun. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai badan penasihat kepada pemerintah dan pentadbiran negeri. Sesungguhnya, Penubuhan Majlis ini telah menandakan permulaan satu bentuk pentadbiran negeri Selangor yang lebih teratur dan tersusun.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...