Monday, April 11, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

11 APRIL

LOGO DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

BANGUNAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN.

BERTEMU KITA KEMBALI, DAN HAYATILAH AKAN SEJARAH TANAH AIR KITA YANG TERCINTA.

PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARASAN PERLAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Tarikh Peristiwa : 11.04.1996

Pada hari ini dalam tahun 1996, Menteri Pendidikan, Y.B Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Perlaksanaan Bahasa Kebangsaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jawatankuasa yang ditubuhkan melalui kuasa yang terkandung dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1985, akan menasihat dan mempengaruhi pihak-pihak berkaitan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan masing-masing. Peranan utama jawatankuasa ini adalah untuk menanamkan kesedaran dan kepekaan di kalangan pelbagai pihak untuk memberi keutamaan kepada bahasa kebangsaan. Selain itu ia juga berperanan untuk memperkukuhkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta memastikan semua dasar penggunaanya dilaksanakan dengan baik dan dipatuhi oleh semua sektor. Ia juga termasuklah pengawasan mengenai penggunaannya, terutama di tempat awam, iklan-iklan dan dokumen. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B Datuk Mohd Khalid Mohd Yunus; sementara Timbalannya ialah Datuk Abdul Rahim; dan A.Aziz Deraman selaku setiausahanya. Manakala Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula bertindak sebagai penasihat.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...