Thursday, April 21, 2011

E-Mail, usah peduli pembangkang, memang kerja mereka burukkan Kerajaan.

Oleh : Mohd Zakariah.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.


KUALA LUMPUR, 21 April - Pembangkang dengan sengaja mensensasikan apa sahaja perkara untuk memburuk-burukkan kerajaan walaupun apa yang bakal dilaksanakan itu membawa kebaikan kepada rakyat negara ini

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata pembangkang sudah membuat keputusan mereka sendiri dengan menuduh apa yang dilakukan itu tidak akan membawa kebaikan walaupun perkara itu masih dalam proses pelaksanaan.

“Sudah menjadi sikap semula jadi pembangkang, apa sahaja yang dilakukan untuk kebaikkan rakyat, mereka akan cuba memanupulasikannya, mereka akan membuat apa sahaja supaya timbul perasaan benci rakyat kepada kerajaan.

“Mereka tetap tuduh projek ini gunakan duit kerajaan, duit rakyat sedangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah menyatakan bahawa projek itu dilakukan oleh pihak swasta dan tidak membabitkan duit kerajaan,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pihak pembangkang yang menuduh penyediaan akuan e-mel untuk rakyat Malaysia sebagai satu pembaziran dan menggunakan duit kerajaan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bertujuan untuk melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan.

Hamidah berkata, sepatutnya usaha yang dilakukan itu harus diterima baik kerana ia adalah suatu kebaikan dalam menjadi rakyat yang berinformasi kerana mendapat maklumat terus berhubung apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat negara ini.

“Melalui e-mel ini kita akan dapat maklumat terkini yang datang terus dari kerajaan, dan tiada putar belit yang biasa dilakukan oleh pembangkang, kini dapt berita sebenarnya mengenai sesuatu yang ingin dilaksanakan.

“Apa yang dilakukan itu adalah antara usaha meningkatkan tahap pencapaian penerimaan maklumat, sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjadikan nehara ini sebagai sebuah negara maju menjlang tahun 2020,” katanya.

Beliau menyeru supaya rakyat negara ini menerima baik projek e-mel 1Malysia itu dan jangan terpedaya dengan apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang yang sentiasa menangguk di air keroh demi untuk kepentingan politik mereka. -MediaUMNO.

BUAT JANGAN TAK BUAT. PEDULIKAN KERENAH PEMBANGKANG. PERSYAITAN MEREKA. MEMANGKANG, ITU DAH JADI DARAH DAGING MEREKA. TERUSKAN E-MAIL 1 MALAYSIA. RAKYAT BERSAMA MU. IKHLAS : IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...