Wednesday, April 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

13 APRIL

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN-RAKAN BUDIMAN.

SEJARAH MENGEMBALIKAN KECERIAAN MINDA KITA UNTUK LEBIH BERFIKIR........

SEMINAR SEJARAH PERTAMA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tarikh Peristiwa : 13-04-1973

Pada hari ini dalam tahun 1973, telah berlangsung Seminar Sejarah yang pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia. Seminar yang berlangsung selama 4 hari telah di anjurkan oleh Y.B. Dato’ Hussein Onn, selaku Menteri Pelajaran. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan kebangsaan dan mencipta identiti kebangsaan melalui bidang sejarah. Seminar ini memberikan penekanan kepada penyelidikan sejarah bagi melahirkan suatu bentuk sejarah Malaysia yang unggul tanpa penyelewengan fakta. Antara ketetapan yang dicapai dalam seminar yang julung-julung kalinya diadakan ini ialah menuntut agar pelajaran sejarah diwajibkan sehingga ke tingkatan lima serta gesaan kepada Kementerian Pelajaran agar mempercepatkan penggubalan sukatan mata pelajaran sejarah yang baru. Selain itu Universiti-Universiti dan Maktab-maktab perguruan juga diseru agar bekerjasama dalam aspek pendidikan khususnya dalam bidang sejarah bagi melahirkan pendidik yang berkeupayan melahirkan keperibadian dan perpaduan kebangsaan. Sesungguhnya, Seminar Sejarah yang diadakan ini merupakan langkah terbaik ke arah melahirkan sejarah ‘Malaysian Centric’.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...