Saturday, April 16, 2011

"Saya Tak Belot" : Raja Petra Kamaruddin

"Inilah mentaliti pembangkang yang tipikal, siapa pun sekiranya membuat kritikan kecil terhadap pemimpin mereka dianggap pengkhianat, tidak berpendirian, belot, rasuah dan macam-macam lagi." - Raja Petra Raja Kamaruddin


SHAH ALAM - Pengandali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin menafikan beliau mengkhianati barisan pembangkang rentetan pendedahannya dalam slot wawancara disiarkan di stesen TV3, Rabu lalu.

Menurutnya, beliau kesal dilabelkan sebagai seorang yang tidak berpenderian oleh PKR disebabkan membuat kritikan terhadap pemimpin kanan parti itu.

Ketika ditanya mengenai kesahihan penglibatan Najib dan isteri, Datin Rosmah Mansor terhadap kejadian bunuh melibatkan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, beliau berkata, sehingga kini masih memegang akaun sumpahnya pada 2008.
"Apa saya tanda tangani dalam Akaun Sumpah 18 Jun 2008 adalah apa yang saya masih nyatakan hari ini, katanya.


EKORAN DARIPADA ITU : ANWAR AKAN JELAS KENYATAAN RAJA PETRA LEPAS PILIHAN RAYA.

KUCING - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan hanya memberi penjelasan mengenai kenyataan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin mengenai kepimpinannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau berkata, tindakannya untuk tidak menjawab dakwaan bekas teman rapatnya itu bukannya untuk mengelak, tetapi perkara itu boleh dibincang, esok.

Menerusi sidang akhbar itu, Anwar diminta mengulas kenyataan Raja Petra yang anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal menunjukkan kepimpinan efektif dalam temu bual eksklusif dengan Pengarah kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia, yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3, kelmarin.

APA LAGI ALASAN ANWAR SELEPAS INI. APA LAGI AKAL ANWAR UNTUK MENJAWAB PENDEDAHAN OLEH KAWAN KARIBNYA, RAJA PETRA.?...ATAU ADAKAH DIA AKAN MENCARI HELAH LAIN DAN AKHIRNYA MELOLOSKAN DIRI, CABUT LARI KE LUAR NEGARA.? JAWAPANNYA : KEMUNGKINAN BESAR ADA. IKHLAS DARI : IBM

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...