

SISTEM AHLI KABINET DIMULAKAN DI MALAYA Tarikh Peristiwa : 09-04-1951 |
Pada hari ini 9.4.1951, satu bentuk sistem pentadbiran berupa percubaan ke arah berkerajaan sendiri dimulakan di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Ahli. Buat pertama kalinya 9 orang ahli telah dilantik dan diberikan potfolio sebagaimana menteri telah diperkenalkan. Sistem ini adalah untuk membolehkan pengwujudan satu sistem kerajaan berkabinet di Malaya. Sembilan orang ahli tersebut dengan potfolio masing-masing adalah seperti berikut:-
Sistem Ahli yang diperkenalkan pada hari ini adalah meliputi aspek-aspek perundingan dan pentadbiran. Aspek perundangan ialah kerana melibatkan penubuhan dan pengwujudan badan-badan yang mengendalikan tugas-tugas tertentu. Manakala aspek pentadbiran pula melibatkan pembahagian tugas-tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan. Sistem Ahli adalah satu percubaan kerajaan ke arah berkerajaan sendiri di negara kita. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA} |