

PENGUMUMAN PENGGUNAAN PASPORT TERHAD MALAYSIA – SINGAPURA Tarikh Peristiwa : 07-04-1967 |
Peraturan yang yang telus dan mudah difahami merupakan faktor penting dalam menentukan keberkesanan satu-satu peraturan yang dikuatkuasakan kepada orang ramai.Apatah lagi peraturan yang melibatkan hubungan di antara negara. Pada hari ini 7.4.1967, Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail mengumumkan penggunaan Pasport Terhad Malaysia - Singapura yang berkuatkuasa pada 1 Julai 1967. Dengan ini bermakna mulai dari tarikh itu setiap orang daripada Singapura yang datang ke Malaysia Barat dikehendaki mempunyai pasport. Undang-undang ini juga berkuatkuasa bagi orang-orang Malaysia yang pergi ke Singapura. Tun Dr. Ismail berkata, Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk mengadakan pasport khas tersebut bagi kegunaan perjalanan antara kedua-dua buah negara. Pasport yang dikeluarkan untuk warganegara Malaysia akan dikenali sebagai Pasport Terbatas Malaysia yang mengandungi 64 mukasurat dan boleh digunakan selama 5 tahun. Tujuan diadakan pasport ini ialah untuk memberi kemudahan kepada warganegara kedua-dua negara berulang-alik dari semasa ke semasa. Sebelum ini penduduk kedua negara hanya menggunakan kad pengenalan sebagai surat perjalanan untuk berulang alik di antara kedua-dua buah negara. Penggunaan Pasport Terbatas Malaysia ini ataupun dikenali dengan Pasport Terhad Malaysia adalah merupakan satu usaha ke arah penyelarasaan diantara kedua-dua negara berkaitan dengan penggunaan dokumen-dokumen perjalanan antara Malaysia dan Singapura. SELAMAT MEMBACA AND HAVE A NICE DAY. IKHLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |