Friday, April 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

08 APRIL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Sejarah Pada Hari Ini...................

INSTITUT KIMIA MALAYSIA
Tarikh Peristiwa : 08-04-1967

Badan profesional memainkan peranan yang penting bukan sahaja kepada ahli tetapi juga kepada masyarakat. Selain daripada meninggikan tahap profesional dalam bidang masing-masing tetapi juga memperbaiki sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara. Di antara pelbagai badan profesional, pada hari ini 8.4.1967, Institut Kimia Malaysia telah ditubuhkan. Institut ini akan memberi tumpuan utama kepada ahli-ahli berkaitan peningkatan dalam standard dan profesional sebagai ahli kimia secara profesional. Institut akan mengadakan simposium, ceramah dan perbincangan di antara ahli dan orang ramai berkaitan bidang kimia dan kegunaan kepada masyarakat. Keahlian dalam Institut ini akan dibahagikan kepada tiga iaitu ahli biasa, ahli bersekutu dan fellow. Kesemua keahlian institut ini mestilah mempunyai kelulusan di dalam bidang kimia. Peranan badan ini akan lebih berkesan dengan adanya Institut ini, terutama berkaitan dengan kod etika, standard dan tahap profesional ahli kimia di negara ini.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...