Tuesday, March 10, 2015

AZMIN ALI 'HILANG AKAL'. RAKYAT SELANGOR NAIK BERANG

SELASA, 10 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

RAKYAT mana yang tidak berang, marah dan geram dengan tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana tidak melanjutkan perjanjian penstrukturan air dengan kerajaan Pusat (Gambar diatas : Perjanjian Air antara kerajaan Pusat dan Selangor di muktamadkan, tapi dibatalkan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali). Ianya dilihat sebagai satu keputusan yang tidak ‘masuk akal’ kerana hanya akan menyusahkan kehidupan rakyat dan ianya juga seolah-olah ada kepenting pribadi terselit disitu. Beberapa penduduk di bandar raya ini yang ditemui di sini semalam mengakui sudah cukup serik dengan catuan bekalan air sebelum ini yang mana telah menimbulkan seribu satu keperitan kepada mereka. Menurut mereka, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu mengkaji semula keputusan tersebut kerana beliau tidak pernah membentangkan sebarang rancangan alternatif sekiranya berlaku semula krisis air di negeri ini. Suri rumah apabila di temuramah oleh pemberita berkata, gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan sejak kebelakangan ini sudah cukup membawa pelbagai kesukaran dalam urusan seharian. Jelasnya, apatah lagi jika perjanjian penting seperti itu ditamatkan, sudah tentu bakal mendatangkan lebih banyak masalah kepada rak­yat. 

Masalah air di Selangor bukan isu baharu tetapi selalu menghantui penduduk sejak akhir-akhir ini.Mengikut kata suri rumah tersebut, mereka tidak sanggup lagi hendak menghadapi catuan air, katanya. Semalam, Mohamed Azmin menyuarakan bahawa perjanjian induk penstrukturan air antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat yang berakhir semalam, Isnin, tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua. Alasan beliau keputusan itu dibuat selepas mendapati kerajaan Pusat ‘melanggar terma perjanjian yang ditandatangani pada September lalu menyebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan. Manakala seorang pekerja swasta memberitahu, Mohamed Azmin tidak sewajarnya mencampur aduk aspek politik dalam pentadbirannya kerana perkara itu membabitkan keperluan rakyat. Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dalam membuat sebarang keputusan penting sedemikian. Ketepikan isu politik dalam masalah air demi membela hak asasi rakyat, tegasnya. 

Dan, seorang lagi kakitangan swasta yang ditemui oleh pemberita berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula keputusan itu demi rakyat. Beliau harap pihak-pihak terbabit dapat membincangkan semula isu ini dan mencari kata sepakat demi kesejahteraan rakyat terutama di Selangor, katanya. Semua mereka mengharapkan supaya jangan lagi tangguh lama-lama perjanjian air itu. Mesti ada cara untuk menyelesaikannya. Permasalahan yang diluahkan oleh beberapa rakyat di atas tadi, adakah ianya akan di dengar oleh kerajaan PKR Selangor dan Menteri Besarnya, Azmin Ali?. Mungkinkah kepentingan prabadi diletakkan sebagai pilihan no 1 yang membuatkan perjanjian tersebut dibatalkan? Atau Azmin nak tunjuk kuasa atau balas dendam? 

Dan, adakah kerajaan Selangor sekarang ini akan mendengar rintihan rakyat dan betul-betul ingin membantu dan membela rakyat, khususnya rakyat negeri Selangor? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan kerana kerajaan sekarang ini adalah pilihan segelintir rakyat Selangor yang inginkan perubahan. Jadi, soalan yang IBM nak lontarkan ialah, adakah kerajaan sekarang ini lebih baik prastasinya dari kerajaan yang dahulu, iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN)?. Jawapanya ada di tangan anda semua. IBM sekadar menulis, tapi IBM juga ada jawapan yang tersendiri. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...