Tuesday, March 10, 2015

PRK DUN CHEMPAKA : 5 CALON SAH BERTANDING. MERIAH! MEMANG MERIAH!

SELASA, 10 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

WALAUPUN UMNO tidak bertanding pada PRK DUN Chempaka kali ini, pertanding di lihat hebat dan meriah.  Pilihan raya kecil DUN Chempaka yang akan diadakanpada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon PAS dan empat lagi calon bebas selepas mereka menyerahkan borang pencalonan pagi ini. Tu dia! Sampai lima orang. Perkara itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Calon PAS Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad bakal dicabar empat calon Bebas iaitu Fadzillah Hussin, 55; ahli perniagaan Aslah Mamat, 64; dan Naib Yang Dipertua PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59,  Imam Masjid Baung itu turut dicabar Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor. Pilihan raya kecil (PRK) itu diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana kanser prostat, pada 12 Februari lalu. 

Pada pilihan raya umum lalu Nik Aziz mengalahkan calon BN Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi. Mursyidul am PAS itu memperoleh 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi. Selamat mengundi semua. Tapi, apa yang tak seronok dan sedap didengar apabila ada suara-suara dari pencacai-pencacai Pakatan Haram yang menuduh UMNO ada 'menaja' calon yang bertanding atas tiket bebas walaupun tidak meletakan calon mereka (UMNO). Sial le mulut depa-depa ni. Bertanding salah, tak bertanding pun salah. Puiiiii! Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...