Thursday, March 19, 2015

PADAN MUKA! MAT SABU, PAK MUSTAFA KALAH!

KHAMIS, 19 MARCH 2015

DARI KAMAR MAHKAMAH :
PADAN muka dua ekor pemimpin PAS yang mulut mereka terlalu 'celupar' dan juga menfitnah. Akibatnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berhubung Projek IC di Sabah. keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan semalam, Rabu, diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk G. V. Varghese dan Tan Sri Idrus Harun ketika menolak rayuan mereka. Kuorum berkenaan turut memerintahkan kedua-dua pemimpin tertinggi parti pembangkang itu membayar kos RM10,000 bagi pe­ringkat Mahkamah Rayuan dan kos RM50,000 bagi Mahkamah Tinggi. Panel itu berpuas hati bahawa isu Wan Ahmad tidak mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mengemukakan saman itu tidak timbul kerana tuntutan itu dikemukakan atas kapasiti peribadi. 

Mahkamah menolak pembelaan kedua-dua mereka selaku perayu selepas berpuas hati bahawa artikel dalam akhbar Harakah itu berniat jahat dan memfitnah Wan Ahmad kerana disiarkan tanpa maklumatnya disahkan terlebih dahulu. Pada 5 Mac 2013 yang lalu, Wan Ahmad selaku plaintif memfailkan saman tersebut berhubung penerbitan artikel bertajuk "Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai dan Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan" dalam lidah rasmi Pas edisi 1 hingga 3 Februari 2013. Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pihak defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kerana kononnya terlibat dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah. Bagaimanapun, plaintif gagal membuktikan kes terhadap defen­dan ketiga hingga kelima iaitu pen­cetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd. 

Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, dan penulis artikel itu, Aziz Muda terlepas dari tuduhan menfitnah. Mahkamah Tinggi mendapati plaintif gagal membuktikan bahawa defendan ketiga adalah pencetak, defendan keempat sebagai ketua pengarang dan defendan kelima adalah penulis kepada artikel terlibat. Perayu-perayu diwakili oleh peguam Azhana Mohd. Khairuddin manakala Wan Ahmad oleh Datuk Mohd. Hafarizam Harun. Apakah pembangkang akan mengambil kesempatan di atas hukuman terhadap dua pemimpin PAS ini dengan menuduh Mahkamah tidak adil, tidak telus dan seterusnya mengkritik sistem kehakiman negara secara berterusan? 

Dan...seperkara lagi, adakah pembangkang menggangap diri mereka 'kebal' dari undang-undang? Apapun, itu sudah menjadi amalan dan sikap pembangkang. Setiap kali pemimpin mereka kalah di dalam kes Mahkamah, mereka kata Mahkamah tidak adil. Tapi, apabila mereka (pembangkang) menang, tidak pulak diorang kata Mahkamah tidak adil. Siol punya pembangkang. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...