Wednesday, March 11, 2015

KES 'DOPING' DATUK LEE CHONG WEI DIDENGAR 11 APRIL DEPAN...

RABU, 11 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG SUKAN (BADMINTON) :
BERITA yang agak mengembirakan para peminat sukan badminton tanah air, begitu juga tuan badannya, Datuk Lee Chong Wei. Akhirnya tarikh pendengaran bagi kes doping, Datuk Lee Chong Wei sudah ditetapkan pada 11 April di Amsterdam, Belanda. Tarikh berkenaan diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada satu sidang akhbar di sini, semalam. Tambah beliau, ada kemungkinan keputusan akan diketahui pada hari yang sama. Norza berkata kes pendengaran itu nanti akan dilakukan tiga anggota panel. Peguam yang dilantik bagi mewakili Mike Morgan Sports dan juga BAM sedang bekerja keras untuk pendengaran itu. BAM gembira dengan usaha yang ditumpukan pihak peguam setakat ini. Kita diberi prosedur pendengaran dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pihak peguam akan mengemukakan hujah mereka, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos, tahun lalu. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar kes tersebut menyebelahi Datuk Lee Chong Wei. Jesteru, apabila bebas dari tuduhan tersebut, beliau (Lee Chong Wei) boleh kembali aktif dan seterusnya bermain bagi mewakili negara. Sunyi rasanya dunia badminton tanpa kelibat Datuk Lee. Apapun, kita tungguuuuuu!. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...