ISU SEMASA :
SEPERTI ada yang tak kena dalam isu kenaikan tambang teksi baharu yang diumumkan oleh SPAD baru-baru ini. IBM rasa ada sesuatu pihak yang cuba 'menangguk diair yang keruh'. Mungkin ingin mencari keuntungan. Isunya disini, bukan tak boleh dinaikkan tambang, tapi, bagi pandangan IBM dan juga orang ramai (penguna), masanya tidak sesuai. Masih banyak perkara dan aspek yang harus diperbincangkan. Jadi, kenapa harus tergopah-gapah? Kerajaan, melalui suara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perkara itu akan dibawa dan dibincangkan di Parlimen kerana ianya melibatkan rakyat apatah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Lagi pun, tidak apa yang dapat dibanggakan akan prestasi dan sumbangai teksi kepada pengguna yang mana kerajaan mendapat banyak komplain dari salah laku para pemandu yang sering menipu para pengguna dengan mengenakan tambang yang mahal tanpa menggunakan meter.
Walaupun ianya bukan melibatkan semua pemandu teksi, tapi reputasi mereka (pemandu teksi) pada pandangan para pengguna tempatan dan pelancong asing amat-amatlah mendukacitakan. Memang perbuatan mereka itu memalukan negara. Bagaimanapun, diberitakan pemandu teksi akan tetap menggunakan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti yang telah diumumkan baru-baru ini sehingga surat rasmi berhubung penangguhannya dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Mengikut kata juru cakap dari Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor. alasan yang mereka beri ialah perkara dan akan diteruskan memandangkan 50 peratus daripada pemandu teksi telah menukar sistem meter teksi mengikut kadar tambang baharu. Kata juru cakap tersebut, penukaran sistem meter baharu itu menyebabkan seorang pemandu teksi mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM100 yang boleh menyebabkan kerugian sekiranya perancangan awal ditangguhkan.
Bagi IBM itu cuma alasan yang tak lojik yangn sengaja diada-adakan. Setakat hari ini, separuh daripada pemandu teksi yang telah menukar meter akan mengenakan caj baharu kepada pengguna. Tapi, siapa yang mengarahkannya? Ini harus juga difikirkan oleh Persatuan Pemandu Teksi ini. Jangan ikut suka hati dan memandai sahaja. Soal ganti rugi yang dipersoalkan kepada pemandu teksi yang telah menukar meter, itu masalah korang. Jangan nak persalahkan kerajaan pulak. Walauapapun, IBM harapkan SPAD dan persatuan teksi dapat mengadakan satu mesyuarat untuk berbincang tentang masalah ini di samping memberi penjelasan yang sepatutnya. buat sementara waktu akurlah dan dengarlah nasihat dari pihak kerajaan kerana apa yang kita semua dengar bahawa kabinet bersetuju menangguhkan kadar tambang baharu pengangkutan awam yang diumumkan SPAD kerana kenaikan itu memang menyusahkan rakyat yang kini sedia terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Oleh itu sebarang tindakan yang seterusnya akan dilakukan bergantung kepada keputusan yang diambil oleh kedua-dua belah pihak, bukan menjurus kepada kehendak individu yang berpengaruh dan berkepentingan perabadi. Walau bagaimanapun, IBM difahamkan teksi yang masih belum menukar sistem meter akan kekal dengan harga lama sehingga mendapat arahan yang selanjutnya daripada pihak yang berkenaan. Adil ke tu? kalau begitu, para pengguna teksi boleh membuat pilihan supaya tidak menaiki teksi yang telah memasang meter yang baharu, sebaliknya memilih teksi yang menggungakan meter yang lama.
IBM rasa, dah tiba masanya penguna menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk 'mentarbiahkan' sedikit kepada pengusaha dan pemandu teksi. Tunjukan siapa boss yang sebenarnya. Ini bukan menghasut, tapi, ianya perluk dilakukan demi untuk kebaikan semua (rakyat). Apapun, kita semua tunggu keputusan rasmi daripada SPAD. Adakah keputusan SPAD itu akan berpihak kepada para pemandu teksi atau sebaliknya. Tungguuuuu! Wassalam ~ IBM