Friday, December 10, 2010

Bancian : Populariti Anwar, PKR Merudum

" Jom ikut saya Ke Putrajaya."


Liputan negatif media ke atas krisis dalaman PKR yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya. university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr 02Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR. university malaya survey on pkr 091210 anwar relevenceBerikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak PKR pada pilihan raya akan datang. Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai. university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkrDaripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan PKR daripada akhbar arus perdana dan media elektronik. Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita. Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti. "Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan PKR tidak berkesan,” petik laporan bancian itu.

# IBM : Memang dah di jangka pun. Apa nak di hairankan. Tak lama lagi dia akan kedalam.....baru aman Malaysia ni..
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...