Tuesday, November 30, 2010

Jangan Sesuka Hati Guna Ayat Al-Quran : Mufti Kelantan


KOTA BHARU 30 Nov. – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.

"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. - Utusan


# IBM : PAS dan rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat (PR) patut mengambil iktibar di atas saranan Mufti kelantan ini, kerana mereka-merekalah yang selalu membenarkan rakan2 mereka dari kaum Cina dan India membuat tafsiran ayat Al-Quraan yang kurang tepat tidak betul, seolah-olah mereka2 ini mempersendakan Al-Quran. Tapi ini di pandang sepi oleh PAS......HamPEH....memang HamPEH.....!!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...