Friday, November 19, 2010

Pakatan 'REPUT' Yakin Kekal Teguh !!

" Saya rasa di Selangor ini, tiada isu yang boleh membawa BN kembali memerintah. Itu menyebabkan Noh terpaksa mencari isu. walaupun tidak melibatkan penyelewengan mana-mana ahli politik dalam kerajaan."-Roslan

" Jika kita hendak membandingkan skandal di zaman Khir Toyo angka dalam isu ini (Yayasan Selangor dan PKNS) jauh lebih kecil daripada yang dibangkitkan Noh dan Mohd Ali."- Tony

" Kalau mereka hendak ikut seperti BN, lebih baik letak jawatan dan kita tidak akan kompromi dalam perkara seperti ini. Kita PR. bukan BN dan ini bukan budaya kini, kalau ada yang bermasalah kita akan terus ambil tindakan."- Tan

BN DIANGGAP BERMIMPI DISIANG HARI MAHU TAWAN SEMULA SELANGOR

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bermimpi di siang hari jika menggangap Selangor milik Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketua Penerangan PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Noh dan Mohd Ali dianggap membuat silap besar seandainya isi-isu kecil di negeri ini boleh menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Katanya, kesedian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR membuat pendedahan mengenai salah urus Yayasan Selangor dan Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) membuktikan ketelusan PR.
" Keterbukaan PR terbukti apabila isu ini dikatakan didedahkan, ia cuma salah urus dan kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti penyelewengan. Bahkan selama PR memerintah, belum ada yang dikenakan tindakan kerana menyelewangan.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, pendekatan Kerajaan PR dengan Kerajaan BN jauh berbeza apabila BN mengamalkan sikap suka menyembunyikan segala penyelewangan yang berlaku.
Bagi Ketua Penerangan Parti keadilan Rakyat(PR) Selangor, Datin Tan Yee Kew, beliau menyifatkan penyelewangan dalam pengurusa mana-mana anak syarikat Kerajaan Negeri itu disebabkan budaya Barisan Nasional(BN) khususnya budaya UMNO. Beliau difahamkan sejak PR memerintah Selangor Kerajaan negeri masih mengekalkan pegawai sama dan mereka juga menjalankan tugas sama seperti pentadbiran BN.

# IBM : Kalau dah kaki pusing, kelentong tu, kelentong jugak. Jangan nak salah orang lain. Sebenarnya PR dah mula rasa takut, gementar, takut hilang negeri Selangor. BN tak kata dia akan menang di PRU-13 nanti, tapi konfiden akan rampas balik Selangor dari PR, itu saja. Ini bukan mimpi di siang hari. Siapa yang sebenarnya bermimpi di siang hari..?...PR le....keh..keh..keh.....dan siapa yg menyeleweng sekarang..?..dasar suka berangan-angan...itulah PR.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...