Tuesday, November 23, 2010

Tuduh Menuduh. Siapa ' Kuda Trojan ' Dalam PKR..?



USAH BUAT TUDUHAN MELULU - Mustaffa Kamil.

SHAH ALAM - Parti keadilan Rakyat (PKR) perlu muhasabah diri dan tidak membuat tuduhan melulu berhubung pengkhianat dalam parti yang dilabelkan sebagai 'Kuda Trojan' seperti mana yang didakwa Naib Presidennya, Azmin Ali.

Seorang lagi Naib Presidennya, Mustaffa Kamil Ayub berkata, apa yang lebih penting adalah memberi tumpuan untuk mencari semula titik pertemuan permuafakatan dalam kalangan pemimpin selepas selesai pemulihan.

Beliau yang mahu anggota parti bersikap lapang dada berkata, kepimpinan parti perlu berjiwa besar dengan merapatkan kembali saf dalam membuat persiapan ke arah Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Segala perbezaan pandangan pergeseran yang berlaku sepanjang pemilihan wajar dilupakan. Tidak perlu membuat tuduhan mengaitkan seseorang itu sebagai pengkhianat," katanya kepada pemberita.

Mustaffa berkata, demikian ketika mengulas kenyataan Azmin yang mahu pengkhianat yang dilabelkan sebagai 'kuda Trojan' dihapuskan kerana mengkhianati perjuangan dan boleh merosakkan parti.
Azmin melahirkan rasa bimbang kerana sekiranya pucuk pimpinan parti tidak mengambil tindakan tegas terhadap individu seperti ini, mereka akan menyebabkan parti lebih rosak.
Sementara itu, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, tidak menolak kemungkinan wujudnya 'Kuda Trojan' seperti yang dinyatakan Azmin dan mengesa parti segera bertindak.

Zurida, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, PKR mempunyai saluran tertentu dalam melahirkan ketidakpuasan hati atau aduan dan tidak perlu menggunakan media kerana ini boleh memburukan lagi keadaan.

# IBM : Kuda Trojan dlm PKR..? Zaid..? dia dh keluar parti. Siapa ye..?...ni, IBM nk beritahu, ada kuda Torjan ke, tidak ke, memang PKR sedang menuju jalan kehancuran. Terimalah hakikat yg ramai ahli2 PKR dan cabut keluar parti, apa lagi yg PKR nk perjuangkan..?..Anwar pun dh lanjut usianya, tak lama lagi masuk ke dalam.......apa pun, IBM doakan supaya PKR ni sentiasa bergolak, tuduh menuduh antara satu sama lain.....he..he.he...hancuk, hancuk, hancuk, kata org Penang.....!
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...