Wednesday, November 17, 2010

Benarkah Anwar Penasihat Atau' PUNAHSIHAT' ?? .


SIASAT SEMUA AKAUN AGENSI KERJAAN SELANGOR.
" Adakah munasabah kelulusan diberi tanpa Pengerusi mengetahui kosnya terlebih dahulu?.Adakah budi bicara sepenuhnya diberi kepada Pengurusan Yayasan untuk berbelanja apa sahaja tanpa kawal selia yang sewajarnya oleh Pengerusi dan lain-lain Pemegang amanah? "

KONSENSUS bebas yang dianggotai lima Ahli Parlimen bebas menyalahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca berlaku banyak pembaziran kewangan negeri.
Menurut konsensus itu, kelemahan mereka mengurus dan mentadbir hak ehwal kewangan negeri harus diberi perhatian serius. Sehubungan itu, konsensus berkenaan mendesak Kerajaan Selangor melantik sebuah firma audit kerja untuk semua agensi Kerajaan Negeri.
Lapangan audit tersebut mestilah dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) serta dibawa ke pengetahuan masyarakat umum, khususnya rakyat Selangor, kata kenyataan bersama ahli konsesus tersebut.
Ahli-ahli Parlimen Konsesus Bebas terdiri daripada Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Samsuri dan Ahli Parlimen Kulim, Bandar Baru, Zulkifili Noordin.
Dalam pada itu, konsensus itu menyokong penuh keputusan Sultan Selangor, Sultan Saharafuddin Idris Shah Idris Shah untuk tidak hadir ke jamuan makan tengah hari anjuran Yayasan Selangor yang didakwa menelan belanja hampir RM800,000. Konsensus Bebas difahamkan RM800,000 boleh membuayai 3,600 pelajar sekolah menengah untuk tempoh lima tahun. Konsensus juga mendakwa, pembaziran itu lanjutan daripada perbelanjaan seperti pembelian kereta-kereta mewah, majlis berbuka puasa yang menelan kos RM170,000, majlis Hari Raya yang menghabiskan RM320,000 dan perbagai lagi.
" Dimanakah perubahan yang siuarkan-uarkan sebelum mengambil-alih tampuk pemerintah negeri.?" kata kenyataan itu.

# IBM : Itulah akibbatnya bila suka-suka tukar pemerintah, rakyat masih tak sedar lagi ke..? Si Khalid tu, bukannya ahli politik yg cekap, cuma ahli koprat je (ahli keparat), Anwar tu, kan kaki pembohong, kaki kelentong. Kerjanya nak menghabiskan duit Kerajaan Kerajaan Negeri Selangor....kikis, kikis, lama-lama bankrup Negeri Selangor. So, kesempulannya, katakan tak nak kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada PRU yg ke 13 nanti.....negeri Selangor akan maju tanpa gangguan dari penyangak2 ni semua.......tengok muka depa dua eko ni dan Wan Azizah pun dah meluat, loya tekak ni.......
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...